09 June 2014

Mula = Akhir

1 comments
Assalamu'alaikum. Lama sungguh tak update blog, dek kerana kekangan masa.

Alhamdulillah, 1 April 2014, aku ditempatkan di SK Taman Universiti 1, Skudai. Berulang-alik dari Pontian, 50 km, 45 minit.

Aku kagum dengan Guru Besar. Hebat. Kemas. Alim. Penyayang. Tak pernah marah. Kerana sikapnya, setinggi-tinggi penghormatan diberikan kepadanya oleh warga sekolah.

Aku teringat satu peristiwa yang memperlihat ketinggian ilmu yang dimilikinya. Masa tu, kami berlima pergi ke bilik GB, atas urusan perakuan 'Aku Janji'. Selesai urusan, ada seorang rakan minta izin untuk tidak menghadirkan diri ke majlis Hari Terbuka, diadakan pada hari Sabtu. Katanya, ada orang nak datang merisik.

Beliau senyum, lantas membenarkan permintaannya. Beliau menyambung, proses perkahwinan ni, kena tengok dari permulanaanya. Kalau dari fasa merisik, bertunang, bernikah serta walimah berjalan lancar, insyaAllah mudahlah urusan selepas perkahwinan. Rumahtangga aman damai, tanpa ada sebarang masalah.

Aku turut tersenyum, kerana kata-kata GB, aku teringat semasa menghadiri kuliah Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, yang membincangkan hikmah yang ke 26, dalam Syarah al-Hikam, suatu masa dulu. Lama. Cukup lama.


Jika permulaan dengan Allah, pasti kesudahannya juga kepada Allah. Itu kejayaan hakiki.

Kata Ibn 'Ajibah, Jika kamu mahu cita-citamu berjaya dan hajatmu sampai perlulah pada awalnya lagi kamu kembali kepada Allah.

Kata Syeikh Zarruq, Antara alamat kerugian pada kesudahan sesuatu adalah dengan kembali kepada nafsu pada permulaannya. Jika permulaannya dengan Allah, pasti kesudahannya juga kepada Allah

Keep smile, Ameer. Betulkan niat. Niat yang baik, insyaAllah, Allah permudahkan. :)

#bekerjamerupakanibadah!





24 December 2013

(^_^)

0 comments
Lama rasanya tak menulis kat sini. Rindu.

Alhamdulillah, dah lepas interview SPP dan dah tahu result final exam. Walaupun result tak tinggi macam kawan-kawan yang lain, tapi Alhamdulillah, sebab ini kan rezeki. Allah yang beri. Study kuat sampai tak tidur 3 hari pun, kalau Allah tak izin, tak jadi juga kan. Ingat, jangan risau dengan rezeki .

Nabi Ibrahim a.s ketika ditanya, 'Mengapa Allah SWT menjadikanmu Khalilullah (kekasih Allah)?

Dijawabnya, kerana 3 sebab. Pertama, tidak aku disuruh memilih dua perkara kecuali aku pilih untuk Allah SWT daripada yang lainnnya. Kedua, aku tidak pernah risau terhadap rezekiku yang dijamin oleh Allah SWT. Ketiga, tidak pernah makan sama ada waktu siang atau malam kecuali bersama tetamu.

Tapi ingat, aku tak cakap, yang aku menafikan usaha tau.

Alhamdulillah, interview SPP pun berjalan dengan baik. Harap-harap lulus, dan dapat diposting ke tempat-tempat yang baik. Tak sabar nak kerja, nak ada gaji, nak balas balik jasa mak (dari segi kewangan), dan..........KAHWIN. teeeet.

Cuti ni, aku rasa paling seronok. Pagi-pagi terus tolong mak kat kedai makan. Tolong. bukan kerja ek. Maksudnya? Maksudnya, tak bergaji. Yup, aku tolong masak, siang ikan, basuh ayam, buat sambal ayam penyet, masak ayam goreng, bubuh kari lah, apa-apa je. Banyak ilmu aku dapat. Jadi seronok.

Malam pulak, aku memaksa diri untuk buka balik kitab-kitab fekah. Buka balik fiqh manhaji, jilid 1, bab bersuci. Buat ulangkaji balik. Rindu dekat Bangi. Kalau kat sana, kuliah banyak, datang tadah je ilmu. Sekarang, kena baca sendiri. Ish3.

Kenapa kau cerita benda ni meer? Nak menunjuk eh?

Taklah. Tak nampak tu, perkataan KAHWIN. haha. Nak kahwin, kena ada ilmu kan. Tak 'cantik' perkahwinan kalau tak reti selesaikan masalah fiqh yang simple. Fiqh je? Tasauf? Aqidah? Slow2 lah weyhh..Aku bukan USTAD! :)

Kalau nak tunggu betul-betul perfect, baru nak kahwin, memang susah lah kan. Apa yang penting, kita ada usaha. Usaha itu penting, sehinggakan ada ahli maksiat yang dimasukkan syurga sebab sedang berusaha pergi ke satu daerah untuk bertaubat, di mana ramai orang soleh kat tempat tu. Panjang lagi hadis ni...InsyaAllah ada masa aku kongsi lah ek.

Doakan aku lulus interview kawan-kawan. Maaf, entry ni dah jadi maca diari pulak. Heh. :)
26 November 2013

al-Asma' al-Husna

0 comments
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :

إن لله تسعة وتسعين إسما، من أحصاها دخل الجنة
Sesungguhnya bagi Allah itu ada sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang memerhatikan maknanya (memikirkan tujuan maknanya dan beramal dengannya dengan tuntutan maknanya itu) mereka akan masuk syurga

Membaca hadis ini, membuatkan aku teringat dekat seseorang. Tiap-tiap pagi, lepas dia solat Subuh, dia akan menghadap laptop, buka nasyid Asma'ul Husna, dan mengalunkannya sekali. Tiap-tiap pagi, istiqamah. Hebat kan. Allahurobbi.

Dia, insan hebat. Aku mula rindu dekat kawan-kawan serumah!  :)
 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates