28 October 2010

Islam itu terlalu indah

0 comments
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi hasil daripada penyertaan ekspidisi pencarian ilmu di sekitar Bandar Baru Bangi. Sampaikan hanya tunggu masa sahaja kenderaan yang banyak berjasa kepada aku untuk dirantai kerana tak hadir ke Masjid as-Syafie. Ada solat hajat perdana kot. Biarlah. Ada aku kesah? Kat Malaysia ni, ramai sangat yang berperangai seperti orang Yahudi. Bukankah menghalang orang untuk menuntut ilmu adalah salah satu perangai orang Yahudi. Hah pikir lah sendiri.

Islam itu tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi darinya (al-Baihaqi)

Contoh yang mudah untuk kita melihat betapa Islam itu martabatnya sangat tinggi. Kita ambil penggarisan Islam mengenai soal pemakanan. Jelas mengetahui bahawa babi itu haram dimakan kerana telah termaktub dalam al-Quran mengenai pengharamannya dalam surah al-Maidah, ayat 3. Tapi tak ramai yang mengetahui mengenai pengharaman memakan keldai. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya Sahih Muslim juzuk yang 10 muka surat 97 di bawah bab hal memakan daging kuda. Hadith ini termasuk dalam kategori sahih. Nombor hadith ini ialah 3595.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى يَوْمَ خَيْبَرَ عَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ الْأَهْلِيَّةِ وَأَذِنَ فِي لُحُومِ الْخَيْلِ

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang pada hari Khaibar daripada memakan daging keldai yang digunakan untuk bekerja dan mengizinkan memakan daging kuda.

Di Malaysia, sungguh sensitif bagi kita apabila menyebut perkataan 'babi'. Tetapi, berbeza di tanah Arab, mereka tidak terkesan walau kita bercakap kepada mereka, 'Engkau babi'. Sebab apa? Sebab mereka lebih menganggap bahawa keldai itu lebih hina. Cuma di Malaysia ni, kita diasak dengan asakan yang sungguh-sungguh mengenai pengharaman babi. Ada sebuah kisah di universiti di timur tengah, seorang lecturer menanyakan kepada pelajar Malaysia, adakah keldai terdapat di Malaysia? Pelajar tersebut menjawab, ia hanya terdapat di zoo. Lecturer tersebut ketawa berdekah-dekah sehingga membatalkan kelas pada hari tersebut. Dia berkata, hebat sungguh orang Malaysia sampaikan binatang yang hina (keldai) dijaga rapi, diberi makan dengan sempurna di Malaysia. Sedangkan di tanah Arab, mereka sangat2 menghina keldai. Haha.

Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai (Luqman : 19)

Islam menjaga martabat penganutnya dengan melarang kita memakan makanan yang jelas haramnya disisi Allah. Bagaimana nak jadi seorang yang hebat andai kita makan makanan yang haram, kotor lagi jijik. Betapa Islam itu agama yang mementingkan kesucian kerana ia adalah agama yang teramat suci.

Kita lihat pula soal interpesonal yang dilatih dalam Islam untuk membentuk insan yang hebat.

عَنْ ‏أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏قَالَ‏إِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُم

Apabila keluar musafir oleh tiga orang hendaklah mereka melantik salah seorang daripadanya menjadi ketua.

Betapa Islam itu amat mementingkan adanya sistem yang harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Jika tiada ketua, betapa huru-hara sesebuah organisasi tersebut. Kita lihat ketua dalam solat secara berjemaah. Adakah bila kita jadi ketua, bermakna kita ni kebal? Bolehkan kita tegur imam yang melakukan kesilapan ketika mengerjakan solat. Tapi ada caranya. Sistematik kan.. Ketua boleh ditegur. Boleh ditegur. Bukan kebal macam pemimpin sekarang ni. Kalau tegur sikit, dipenjara. Tegur sikit, masuk ISA. La..Hebatny pemimpin UMNO kan. Haha.

Banyak lagi perkara yang Islam telah gariskan untuk penganutnya patuhi supaya menjadi mukmin yang sejati. Soal kebersihan, jual beli, pernikahan. Jika kita kaji dengan teliti, Islam adalah agama yang mementingkan sistem dan ianya bergerak secara sistematik. Setiap perkara yang ditentukan Allah, pasti ada hikmahnya. Sebagai contoh, negara Islam, susun atur setiap bangunannya lebih teratur kerana adanya kiblat. Setiap bangunan menghadap ke arah kiblat. Benarlah, Islam agama pembuka minda. Kaji setiap kejadian yang ditentukan Allah, pasti kita dapat memperkukuh iman kita.

Bangga menjadi seorang Islam kerana kita hidup bersistem. Jangan jadi bodoh macam keldai. Jangan jadi bodoh sebab tolak agama Islam kerana ingin memperjuang sangat bangsa Melayu.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates