Dengan nama Allah Yang Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat (al-Fatihah : 1-7)
Dewasa ini, banyak sangat perkara pelik-pelik terjadi di muka bumi ni. Buang anak. Rogol. Zina. Mencuri. Gay. Lesbian. Senang cerita, semua perkara yang boleh mendatangkan bala Allah telah dikumpul di sebuah negara yang akan menjadi hub hiburan malam, Malaysia. Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya adalah berkaitan dengan surah al-Fatihah.
Kita membaca surah ini sebanyak 17 kali setiap hari tetapi kita langsung tidak terkesan dengan kandungan surah al-Fatihah. Kerana apa? Kerana kita sendiri tidak mengerti akan apa yang kita ucapkan ketika membaca surah ini. Kita lihat ayat 6, kita berdoa pada Allah SWT supaya ditunjuki jalan yang lurus. Selepas itu, kita spesifikkan akan apa yang kita inginkan, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Besar makna ayat ini. Tetapi kenapa masih melakukan perkara mungkar?
Memetik hadis qudsi, Ketika hambaKu berkata, tunjukilah kami jalan yang lurus, Allah menjawab, ini antaraKu dan hambaKu maka bagi hambaKu apa yang dia pinta akan Aku bahagikan. Dan apabila hamabKu berkata, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat, bahagian ini adalah untuk hambaKu dan apa yang hambaKu minta, akan Aku makbulkan.
Betapa besar erti ayat ini jika kita hayatinya. Betapa pemurahnya Allah dalam mengabulkan setiap permintaan kita. Tapi kenapa selesai solat, selesai meminta supaya ditunjuki jalan yang lurus, kita masih lagi mengikut jalan yang bengkang bengkok. Jalan yang penuh kemungkaran. Sepatutnya, jika kita sudah boleh mengerti setiap kandungan ayat dalam surah al-Fatihah, kita dengan mudah boleh mendapat khusyu'. Lihat kembali dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang kita lakukan, perkara yang kita saksikan, perkara yang kita lihatkan.
Masyarakat hari ini telah ditipu hidup-hidup dengan sistem pendidikan negara yang condong ke arah barat semata-mata. Contoh yang mudah, kita lihat subjek Sejarah yang diajar disekolah. Kita dapati manusia pertama adalah manusia paleolitik dengan sifatnya yang primitif. Sedar ataupun tidak, sebenarnya perkataan ini telah membatalkan ayat al-Quran.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (al-Baqarah : 30)
Jelas menunjukkan bahawa Allah tidak berkata hendak menjadikan manusia, tetapi menjadikan khalifah. Perlu diketahui bahawa manusia pertama yang diciptakan adalah Adam dan baginda adalah seorang khalifah. Mana mungkin khalifah bersifat primitif? Kita lihat sambungan ayat ini,
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar". (al-Baqarah : 31)
Jelas menunjukkan bahawa Adam bukan bersifat primitif. Telah berlaku konsep menuntut ilmu di sini. Ini lah konsep pendidikan yang dibawakan oleh Umno. Di mana kita diajak untuk duduk jauh2 dari mengetahui dan memahami agama kita sendiri. Kita didoktrinkan dengan najis seperti ini ketika berusia belasan tahun. Apa ni? Kita ada al-Quran sebagai petunjuk kita. Buku teks kita seharusnya berteraskan al-Quran.
Kita hidup di muka bumi ni hanyalah untuk mencari rahmat Allah. Bukan hanya hidup untuk suka-suka. Apatah lagi melihat negara sendiri menjadi hub hiburan. Aish. Tensen melihat perangai pemimpin Umno. Makin hari, makin pelik melihat perangai mereka.
Berbalik kepada surah al-Fatihah, Rasulullah telah bersabda, Sesungguhnya Iblis meranung sebanyak empat kali. Raungan pertama adalah ketika ia dilaknat Allah SWT ketika enggan sujud kepada Adam. Kedua, pada hari dikeluarkan dalam syurga. Ketiga, pada hari nabi diangkat menjadi Rasul dan yang terkahirnya, pada hari diturunkan surah al-Fatihah.
Ayuh kita berfikir sebentar, ketika mana Iblis diarah keluar dari syurga, makan Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan manusia.
(Iblis) menjawab, 'Demi kemuliaanMu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya (Sad:82)
Kita bandingkan dengan ayat 6 dalam surah al-Fatihah. Di mana kita memohon kepada Allah ditunjuki jalan yang lurus sedangkan Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan manusia. Secara automatiknya, kita meminta perlindungan daripada Allah supaya tidak layu dengan pujukan Iblis untuk melakukan kejahatan. Hebat kan penangan surah al-Fatihah.
Untuk mendapat lebih khusyu' dalam solat, pangkahlah bulan. Jangan pangkah keris atau dacing. Haha.
30 October 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment