Assalamualaikum..apa khabar iman? Apa khabar hati? Apa khabar amalan? Harapnya semua berada dalam keadaan yang sihat lagi gemuk-gemuk belaka. Jangan lekang dari memuji Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.
Sekiranya kamu ingin mengira nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya (Ibrahim : 34)
Alhamdulillah..3 paper dah lepas. Terasa kepala pun ringan sikit. Yang lepas biarkan ia berlalu. Jangan pandang belakang. Pandang jauh ke hadapan. Pandang jauh ke arah selatan, nampak Pontian. Wah..Nak balik kg dah. Raya pun dah dekat. Tinggal 1 paper Pergerakan Asas, hari Isnin. Semoga dipermudah segala urusan. Berusaha memotivasikan diri. Berfikiran positif. Exam dunia memang penting, tapi ada yang lebih penting dari itu. Ia adalah ujian bagaimana kita hendak mendapat rahmat Allah. Kita masuk syurga bukan sebab amalan, tetapi disebabkan rahmat Allah. Tapi perlu diingatkan juga, amalan adalah medium kita untuk mendapat rahmat Allah.
Geometry, Decision Mathematics membuatkan seluruh badan hampir tidak bermaya. Benar, letih otak lebih hebat penangannya daripada letih badan. Apa-apa pun, perkara tersebut telah pun berlalu. Alhamdulillah, hamba Allah yang hina ini telah berjaya mengharungi hari-hari yang sukar dengan penuh kesabaran. Aku yakin, Allah sentiasa di sisiku.
Sedang merancang aktiviti sepanjang cuti semester. Harapnya, hari-hari yang bakal dilalui dapat dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat lagi menambah pahala berlipat ganda.
Haha.
11 November 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam,, pontian kah itu.... heh... balik ,,balik,, balik..
ape pontian2.
Pemandangan dari Gunung Pulai.
haha..hollywood kot
Fazly..Pontianwood. xpun pt Ibrahimwood.haha
haha..gambartu betol ke mer??ak x pernah nmpak pon
Post a Comment