Imam as-Syafie pernah mengadu kepada gurunya, Imam Wakie':
شكوت إلى وكيع سوء حفظى
فأر شدني إلى ترك المعاصى
وقال إن العلم نور
ونور الله لايهدى لعاصى
"Aku mengadu kepada Wakie' kerana kurangnya hafalanku. Beliau lalu menyuruhku supaya meninggalkan segala jenis maksiat (zahir dan batin). Beliau berkata, Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya Allah itu tidak dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang melakukan maksiat"
Diriwayatkan bahawa Imam Syafie pada suatu hari beliau ingin membeli tamar (kurma). Ketika beliau di pasar, beliau telah mengambil sebiji tamar untuk mengetahui rasanya sebelum membeli (dan perkara ini tidaklah salah pada adat dan uruf masyarakat). Sekembalinya beliau ke rumah, beliau dapati daya ingatan dan hafalannya berkurangan lalu beliau pun mengadu kepada gurunya (syair di atas).
Biasanya beliau apabila melihat kepada mana-mana kitab, kedua-dua lembaran (kanan dan kiri) kitab tersebut akan terus melekat di ingatannya. Tetapi setelah peristiwa itu, hanya sebelah lembaran sahaja yang melekat di ingatan beliau.
Bahasa yang mudah difahami, maksiat itu adalah dosa atau perbuatan yang melanggar perintah Allah sama ada melalui perkataan atau perlakuan.
Kata Ibn Ataillah dalam hikamnya, "Asal semua maksiat, kelalaian dan syahwat ialah keredaan memuaskan nafsu, sedangkan pokok segala ketaatan, kesedaran dan kesopanan akhlak budi ialah pengekangan (penahanan) terhadap hawa nafsu. Dan engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya lebih baik daripada berkawan seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurut hawa nafsunya, dan kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang jahil yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya"
25 March 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment