15 November 2011

÷±≤≠π∆.....!

0 comments
Susah. Susah. Susah. Tak tahu mana silapnya. Tapi memang susah. Paper Calculus tadi membuatkan aku jadi 'down'. Tak dapat jawab semuanya. Rasa macam tak belajar apa-apa sebelum ni.

Ameer..

Kamu kena ingat, kamu dah berusaha. Allah pandang usaha. Usaha kamu, ditambah dengan tawakkal. Tawakkal kan satu maqam yang disepakati oleh para sufi dan merupakan antara asas yang menghimpunkan padanya kalangan mereka yang teguh kedudukan dalam kerohanian atau kesufian. Asasnya adalah yakin. Ramai orang tak mengetahui rahsia tawakal kerana keyakinan yang lemah.

Kata Banan al-Hammal, sesiapa yang menolak sebab dan musabab dalam kehidupan mereka, ternyatalah bahawa mereka tergolong dalam kategori orang yang berserah bulat-bulat tanpa berusaha.

InysaAllah, aku kena redha. Lulus, gagal, itu semua rahsia Allah. Kata Zu al-Nun al-Misri, redha adalah gembiranya hati dengan berlakunya qadak.

طه
Taa Haa.

مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah

تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

Semoga Pn. Azizah dilembut hatinya menanda kertas kami semua, PISMP 4.03.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates