Dewasa ini, terlalu ramai individu yang sibuk mengejar keindahan dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Mereka bekerja dari awal pagi hingga lewat malam semata-mata mahu mencari kesenangan di dunia yang penuh tipu daya. Oleh kerana terlalu sibuk, akan timbullah alasan sebegini rupa daripada mulut sang pencinta dunia.."Alah...aku sibuk ni...xboleh nak solat berjemaah.." dan "Malam ni aku ada hal lah..Xdapat nak gi majlis ilmu.." Pelbagai alasan diberikan dek kerana terlalu cintakan dunia.
Solat berjemaah...sukar dilakukan bagi individu yang lemah imannya. Jika kita bandingkan jumlah jemaah di masjid ataupun surau dengan jumlah pengunjung pasaraya dan kelab malam..sudah tentu jumlah jemaah di masjid jauh lebih sedikit. Bagai langit dan bumi bezanya. Memetik sabda Rasulullah:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa pergi ke masjid dan kembali, Allah akan menyediakan tempat baginya di syurga setiap kali dia pergi ke masjid dan kembali dari masjid.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa betapa istimewanya insan yang bermujahadah dalam mendirikan solat secara berjemaah. Jangan jadikan alasan sibuk sebagai medium untuk mengelak daripada tidak turut serta dalam solat berjemaah. walaupun tidak dapat solat di masjid dek kerana kekangan masa dan tanggungjawab, adalah lebih elok jika kita mengajak rakan sepejabat mahupun rakan sekerja untuk menunaikan solat bersama-sama..Nak seribuda daya, xnak seribu dalih..
Umum mengetahui kewajipan menuntut ilmu bagi insan yang bergelar Muslim. Tetapi, tidak ramai yang menghayati akan kepentingan ilmu dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan liku..Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah orang yang ingin menuntut ilmu Allah..Tidak ramai individu yang sanggup bermujahadah menuntut ilmu..Tidak ramai yang sanggup mengorbankan masa lapang dengan menuntut ilmu..
Dan apabila dikatakan, "Berdirilah kamu," maka berdirilah. Niscaya Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat (Qs 58:11)
Ayat di atas jelas menunjukkan betapa Allah menyayangi orang yang berilmu..kerana dengan ilmu, kita bisa beribadah degan sempurna..Orang alim yang sedang tidur itu lebih ditakuti syaitan daripada orang jahil yang beribadah..Jika kita tidak mengetahui rukun qauli dalam mendirikan solat, mana mungkin solat kita diterima Allah..Jika kita tidak mengetahui perkara yang membatalkan puasa, mana mungkin kita mendapat pahala berpuasa yang sempurna..Asas dalam beribadah adalah dengan adanya ilmu..
Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah akan mempermudahkan baginya jalan (menuju) ke syurga.
[HR Muslim]
Bagaimana? Masih mahu menghabiskan waktu dengan mencari kemewahan dunia atau mahu mencari kemewahan di akhirat kelak? walau sibuk sekali pun, berusahalah untuk tidak meninggalkan dua perkara..ia adalah solat berjemaah dan menuntut ilmu..Bila 2 perkara ini dilakukan secara istiqamah, akan lahirlah rasa cinta kepada Allah SWT..
11 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment