Kita bukan pengikut Ayah Pin mahupun pengikut Rasul Melayu..Jadi kita bukan golongan yang sesat seperti mereka..Namun begitu, jika kita melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya, sebenarnya kita adalah orang yang sesat dengan kesesatan yang nyata..
Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia telah tersesat, dengan kesesatan yang amat nyata (Qs 33:36)
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa golongan yang tidak mahu mempedulikan hukum Allah adalah orang yang sesat. Jika seorang pemimpin yang mengatakan hukum hudud itu kolot, dialah seorang pemimpin yang sesat..Jika seorang peniaga mengamalkan riba', dialah peniaga yang sesat..Jika kerajaan menghalalkan judi, kerajaan itulah kerajaan yang sesat..Jika seorang perempuan mendedahkan auratnya, dialah perempuan yang sesat dengan kesesatan yang amat nyata..
‘Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu (Ya Muhammad s.a.w) akan kitab (al-Quran) dengan sebenarnya supaya kamu menghukum manusia dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah maka janganlah kamu menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat.” (Qs 4:105)
Wajib melaksanakan hudud di sebuah negara yang diwarwarkan sebagai negara Islam..Pemimpin Islam..
Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan dan mengharamkan riba (Qs 2:275)
Riba itu haram kerana ia menindas orang lain..
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkurban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung (Qs 5:90)
Arak, judi (xkira la judi bola ke apa ke) adalah haram..haram!
Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isteri kamu anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu, agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang (Qs 33:59)
Jelas menunjukkan tatacara pemakaian yang perlu dituruti oleh setiap muslimat..hendaklah mereka melabuhkan tudung sehingga menutupi bahagian dada..tapi sekarang?Terlalu ramai yang bertudung, tetapi tidak sempurna..dengan baju dan seluar yang ketat, dengan solekan yang berlebihan, dengan bau-bauan yang menusuk kalbu...Sanggupkah mereka digolongkan dengan orang yang sesat dengan kesesatan yang amat nyata? Terlalu jelas kesesatan mereka...
Saya menyeru sahabat sekalian agar sentiasa menuruti perintah Allah dalam segenap aspek..Islam bukan sahaja diperlukan dalam akad nikah...tetapi Islam adalah sebuah agama yang terlalu lengkap..teramat lengkap..
11 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment