11 June 2010

Bola ooo Bola...

1 comments


Bila tengok bola..kita mesti teringat Cristiano Ronaldo..Frank Lampard..dan ramai lagi pemain bertaraf dunia..sebenarnya..bola ini melambangkan asas kepada akidah umat Islam..percaya atau tidak?percaya jela...xkan nak tipu pulek..

Alkisah...asas kepada pembentukan sebiji bola adalah gabungan dua bentuk yang dikaitkan dengan Mathematics..ia adalah Pentagon dan Hexagon..saya yakin bahawa umum mengetahui bucu yang terdapat pada bentuk Pentagon dan Hexagon..Pentagon memiliki 5 bucu...dan ia melambangkan Rukun Islam yang perlu kita patuhi untuk menjadi seorang Islam yang hebat..Rukun Islam merupakan teras kepada kekuatan akidah umat Islam..Hexagon pula simbolik kepada Rukun Iman yang mengandungi 6 teras..Beriman kpd Allah, beriman kpd malaikat, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada para Rasul, beriman kpd hari kiamat dan beriman kpd qada' dan qadar..

Jika digabungkan Rukun Islam dan Rukun Iman, akan lahirlah seorang Muslim yang sejati..Muslim yang mengajak kepada perkara kebaikan..Muslim yang menegakkan agama Allah di muka bumi ini..Seperti sebiji bola, jika bola tersebut diisi dengan angin yang mencukupi, ia akan menjadi sebuah bola yang hebat..ia tidak mudah dipecahkan seperti memecahkan kaca..angin itu simolik kepada Iman yang sentiasa ada pasang surutnya dalam diri setiap orang Islam...bagi menginginkan kekuatan rohani, Iman itu perlu di baja rapi..bajanya adalah dengan membaca al-Quran..berzikir..solat berjemaah...dan pelbagai perkara yang mendekatkan diri kpd Allah SWT..

Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang bakal guru Mathematics untuk mendidik anak bangsa kepada lebih mementingkan perkara ukhrawi daripada duniawi semata-mata..melalui Mathemtaics, kita mampu meningkatkan ketakwaan anak2 murid kita..Seorang guru yang hebat adalah guru yang dapat mendidik anak2 murid melalui 2 in 1 ways..apa tuh?Mengajar Mathematics d samping menerapkan unsur2 Islamic melalui Mathematics..

World Cup dtg lg!eh...xpasal2...

1 comments:

Khuzaimah said...

bola ke?tet..cikgu matematik mmg camtu..huhu..
euw.bgs ye..pentagon n hexagon.jd kuih sagun.

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates