Daripada Abu Hurairah r.a, beliau mendengar junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersabda (mafhumnya):
Islam bermula dagang (ghariban) dan akan kembali akhirnya dagang (ghariban). Maka berbahagialah orang-orang yang dagang ketika itu
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Islam pada mulanya kelihatan dagang dan ganjil. Ketika Islam mula mengembangkan sayapnya di Mekah al-Mukarramah, tidak ramai yang menjadi pendukung kepada agama yang dibawa junjungan besar tersebut..
Namun, berkat usaha berterusan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan Islam membuatkan Islam dianuti manusia di dua pertiga dunia..
Pun begitu, Islam akan kembali dagang..Namun, ia tidak bermakna hanya seorang sahaja yang beragama Islam seperti permulaan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW..Merujuk kepada hadis di atas, Rasulullah dalam bahasa Arab menyebut sebagai 'ghurabak'. Perkataan ini adalah perkataan jamak atau ganda, yang bererti banyak dan jelas menunjukkan bukan seorang sahaja yang beragama Islam..
Memetik sebuah hadis (mafhumnya):
Ada sahabat bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan ghurabak itu..Lalu Baginda menjawab, ghurabak itu adalah golongan manusia yang konsisten dalam melakukan kebaikan di waktu manusia asyik melakukan kejahatan
Pada hari ini, terlalu sedikit golongan yang bertitlekan ghurabak...Cuba buat perbandingan antara jumlah jemaah di masjid dengan jumlah manusia yang menghadiri konsert yang melalaikan..Cuba bandingkan jumlah remaja perempuan yang bertudung labuh dengan yang free hair..Cuba bandingkan jumlah remaja yang ada 'couple' dengan yang masih single..
Berbahagialah orang yang ganjil ketika itu..Ganjillah orang yang ketika berada dalam masyuarat, menyuruh berhenti seketika untuk menunaikan solat berjemaah..Ganjillah orang yang bangun untuk solat sunat tahajjud ketika orang lain sibuk qiam untuk menonton bola sepak..
Berbahagialah orang yang memilih Islam daripada memilih perjuangan bangsa semata-mata..
14 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment