27 July 2010

Riadah~

0 comments
Biarkanlah dia pergi bersama kami besok pagi, agar dia bersenang-senang dan bermain-main, dan kami pasti menjaganya (Yusuf: 12)

Umum mengetahui minda yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Riadah itu penting bagi memastikan tahap kesihatan kita berada pada tahap yang memuaskan. Jangan jadikan alasan sibuk sebagai medium perantaraan untuk kita berdalih daripada mengamalkan gaya hidup sihat.

Dalam sebuah riwayat, Nabi (SAW) diceritakan beriadah dengan isteri ketika Baginda dalam satu permusafiran Baginda bersama para sahabat. Isteri Baginda (SAW) Aisyah RA turut sama dalam permusafiran tersebut.

Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak berlumba-lumba. (Musnad Ahmad : 22989)

Hadis di atas jelas menunjukkan kebijaksanaan Rasulullah dalam 'mencuri' masa. Baginda menggunakan konsep 2 in 1..Lantas, memperlihatkan betapa Rasulullah mementingkan budaya hidup sihat dalam kalangan umat manusia. Ini kerana, perjuangan untuk menegakkan agama Islam memerlukan nafas dan umur yang panjang..Memang benar, ajal itu di tangan Allah..Tapi kita sendiri boleh mengambil inisiatif lain untuk mengekalkan keseihatan kita. Jangan hanya bertawakkal kepada Allah tanpa ada sebarang usaha.

Kajian menunjukkan, kanak-kanak yang tidak bermain ketika pada usia kanak-kanak, lebih cenderung untuk mendapat kemurungan apabila usia sudah meningkat. Anak-anak juga belajar daripada bermain. Mereka mengenali alam sekitar dengan bermain. Mereka belajar untuk bersosial dengan bermain. Sebagai ibu bapa, perlu memberi kebebasan kepada anak2 untuk bermain dan perlu diingatkan bahawa ibu bapa perlu menjaga keselamatan anak2 ketika mereka bermain. Hal ini selari dengan surah Yusuf ayat 12 yang telah dinyatakan di atas.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani,

Apa-apa perkara yang dilakukan yang terpisah daripada perbuatan zikrullah, atau mengingat Allah, adalah termasuk dalam perbuatan yang sia-sia, kecuali:

-Seorang lelaki yang berjalan antara 2 sasaran (untuk memanah)
-Perbuatan melatih kuda
-Berseronok dengan isterinya (atau keluarganya)
-Belajar berenang

Hadis di atas jelas menunjukkan kepentingan sukan yang juga merupakan sunnah Baginda. Umum mengetahui bahawa memanah, berkuda dan berenang adalah sukan yang dianjurkan Islam. Akan tetapi, berapa ramai yang menyertai sukan ini dalam keadaan yang boleh mendatangkan kemarahan Allah? Sebagai contoh, berapa ramai yang menutup aurat dengan sempurna ketika belajar berenang? dengan percampuran antara lelaki dengan perempuan..

Sukan itu datang dengan budaya. Bola sepak, datang dengan budaya tersendiri di mana ianya dimainkan dengan memakai seluar pendek. Islam menerima bola sepak. Akan tetapi, ia menolak berseluar pendek. Justeru, transformasi perlu dilakukan agar ianay selari dengan tuntutan syariat.

Renang itu datang dengan baju renang yang sempit, ketat lagi mampat. Lantas, kita perlu satu transformasi agar ia sesuai dipakai oleh kaum perempuan. Kenapa tidak dibenarkan memakain pakaian yang longgar? Adakah kerana ia akan melambatkan masa berenang? Bukan kepantasan yang kita cari. Akan tetapi, kemahiran yang kite perlu perolehi.

Kajian di Scotland, pada tahun 1457, sukan Golf diharamakan kerana ia membuatkan orang msemakin malas untuk belajar memanah, berenang, berkuda dan ianya tidak membawa sebarang manfaat kepada negara.

Akhir kata, mukmin yang kuat adalah lebih disukai Allah daripada yang tidak sihat. Majulah sukan untuk Islam!

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates