04 October 2010

Ilmu. Amal. Zikir. Fikir.

0 comments
Iman ini ada pasang surutnya. Kadaang-kadang ianya menggunung tinggi. Kadang-kadang ianya rendah menyembah bumi. Bagaimana hendak memastikan iman sentiasa berada pada paras yang membanggakan?

Ilmu…Dengan adanya ilmu, kita dapat melakukan sebarang ibadah dengan sempurna. Jangan sesekali melakukan sesuatu ibadah tanpa bimbingan ilmu. Ramai masyarakat hari ini yang beramal tanpa ilmu. Lantas, menyebabkan sesuatu ibadah itu tertolak dari segi pelaksanaannya. Contoh yang mudah, berapa ramai yang betul-betul memahami dan menghayati rukun-rukun solat? Berapa ramai yang solat tetapi toma’ninahnya entah ke mana, bacaan al-Fatihahnya ke mana. Belum lagi cek ruku’nya, sujudnya, khusyu’nya..Nah..

Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri daripada solatnya. Dia tidak menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyu’nya. (Riwayat Ahmad)

Asas sesuatu ibadah itu adalah ilmu. Sebab itu Allah janjikan darjat yang lebih tinggi bagi orang yang beriman dan memiliki ilmu.

Bila sudah berilmu, amalan hendaklah seiring dan sejalan dengan ilmu tersebut. Makna kata, beramal dengan ilmu yang dimiliki. Ramai orang hari ini memiliki ilmu yang hebat-hebat belaka. Ilmu Hadis, ilmu al-Quran dan sebagainya. Tapi berapa ramai yang benar-benar mengamalkan ilmu tersebut? Ramai orang hari ini berani menuturkan perkara kebaikan yang dia sendiri tidak lakukan. Bagaimana boleh terjadi? Adakah untuk kelihatan hebat pada pandangan manusia? Syeikh…biar hina pada pandangan manusia, jangan hina pada pandangan Allah. Berapa ramai orang yang hebat bacaan al-Qurannya, tetapi ria’ akan kurniaan Allah yang sementara itu? Berapa ramai orang yang berdakwah, tetapi niatnya hanya untuk disanjung tinggi oleh orang ramai sedang Allah mencela orang seperti ini.

Zikir itu ubat bagi hati yang paling mujarab. Pernah suatu ketika..Seorang alim dianggap gila kerana lidah dia sentiasa dibasahi dengan zikir. Setiap masa, setiap waktu. Mudah saja jawapan yang dia lontarkan kepada golongan yang mengetakan dia adalah orang gila. ‘Aku buka orang gila. Tapi zikir ini adalah penyembuh bagi orang gila’. Bagaimana pula dengan kita? Rasulullah yang maksum itupun sentiasa berzikir dan memohon keampunan kepada Allah, kita ni yang konpem2 wat dosa setiap hari, boleh sombong kat Allah..Kalu kita sayangkan Allah, 2 kali Allah sayangkan kita. Zikir ibadah yang sangat mudah dilakukan. Walaw sibuk macam mana sekalipun, xkan lah berat bagi lidah kita untuk menyebut tasbih, tahmid dan tahlil.

Seterusnya, fikir. Fikir akan kebesaran Allah. Fikir sesuatu perkara yang boleh meningkatkan iman. Bukan fikir siapakah pasangan kita. Bukan fikir benda-benda lagho. Bukan fikir macam mana nak kelentong rakyat dengan kerja-kerja fitnah yang mana media massa menjadi perantara mereka. Fikir akan kenapa kita dijadikan Allah di muka bumi ini. Fikir apa akan jadi kepada diri andai roh terpisah dari jasad pada hari ini. Fikir bagaimana keadaan di akhirat nanti. Fikir bagaimana nak majukan ekonomi umat Islam supaya kita tidak lagi ditindas kaum bukan Islam. Fikir bagaimana nak kuasai ekonomi dunia yang berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasulullah. Fikir apa akan jadi kalau pemerintah yang zalim terus menguasai bumi Allah yang bertuah ini. Fikir bagaimana nak mendidik anak-anak supaya menjadi insan hebat seperti Salahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad al-Fateh..Bukan insan hebat yang mengelentong rakyat seperti Najib Tun Razak dan sekutu-kutunya.

Keempat-empat elemen ini jika digabungkan, akan melahirkan sebuah iman yang teramat mantap. Iman yang sentiasa berada pada puncak kegemilangan. Jaga iman walau di mana kita berada. Terutama bila kita bercampur dengan masyarakat yang pelbagai kerenah dan ragamnya.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates