Sedekah jariah adalah sedekah yang mengalir pahalanya secara berterusan, seperti harta wakaf yang dipergunakan untuk pelbagai perkara kebajikan..Sedekah jariah adalah sesuatu yang anda berikan semasa hidup anda di mana manfaat dan keuntungannya berterusan setelah meninggal dunia untuk jangka masa tertentu. Jenis2nya banyak..Antaranya, membina rumah anak2 yatim, membina sekolah tahfiz, menanam pokok, membina masjid dan sebagainya.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada seorang Islam jua pun menanam tanaman atau menanam biji-bijian, lalu sebahaiannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan itu adalah merupakan sedekah baginya
Fitrah..fitrah bagi manusia suka akan mengumpul harta kekayaan..Semua orang ingin hidup senang..Ingin hidup selesa..Ianya dibolehkan..Jika kekayaan itu diinfakkan ke jalan Allah. Jangan pernah risau jika rezeki yang kita perolehi kita infakkan atau sedekah ke jalan Allah..Sungguh, Allah akan mengganti balik dengan rezeki yang berlipat ganda..
Katakanlah, 'Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya.' Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan dialah pemberi rezeki yang terbaik (Saba' : 39)
"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal" (An-Nahl : 96)
Duit, kekayaan, pangkat, kedudukan akan hilang dan lenyap...Bila saat ajal sudah tiba..Ia tidak lagi berguna kepada kita..Tapi mengapa kita berusaha bersungguh2 untuk mencari semua benda yang akan hilang itu..Pasti..Pasti duit elaun akan habis..Tetapi perlu dipersoalkan juga ke mana habisnya duit tersebut..Adakah sebahagian besarnya digunakan ke jalan Allah atau sebaliknya..Cuba muhasabah diri balik..Kadang2..Duit sentiasa tidak mencukupi..Adakah harta kita tidak diberkati Allah? Atau bagaimana? Sering merungut..Duit dah habis..Duit tinggal sikit..Tapi xmerungut pula bila amalan kita semakin hari semakin berkurang..x merungut pula bila tidak dapat solat berjemaah 5waktu secara konsisten..Sedangakan segala bentuk amalan tersebut akan kekal di sisi Allah..Memetik kata2 Saidina Umar...
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya..Orang yang mencela orang lain, diri sendiri akan dicela..Orang yang mencari akhirat, dunia akan menyusulinya, barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga..
Cari akhirat, dunia akan menyusulinya....Semakin banyak harta yang disedekahkan, semakin banyak rezeki yang Allah tambah...Dan..bersedekah pada umur muda adalah lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sedekah orang yang sudah berusia..ini kerana, di waktu muda, banyak perkara yang memerlukan kita menggunakan harta untuk memiliki sesuatu perkara..Di waktu muda..Masa tulah nak kahwin..Masa tulah nak beli kereta dan sebagainya..Jika pemuda dapat bersedekah di saat hidupnya sedang dihimpit pelbagai bebanan hidup..Sungguh..Merekalah orang2 yang kukuh imannya..Sungguh..Syurga itu pasti bagi mereka..andai taqwa dibawa bersama..
KAHWIN??huk2...Terbatuk..
05 July 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment