04 July 2010

Benar.Betul.True.

0 comments
Kisah benar..Kisah daripada seorang anak muda yang berpengalaman luas dalam mengendalikan proses pertama ketika roh sudah dicabut dari jasad manusia..Memandikan jenazah..Bukan calang2 orang boleh memikul amanah yang sebegini besar..Hanya ilmu dan pengalaman membuatkan seseorang itu lebih matang..Islam, merdeka, bukan musuh si mati, mumaiyiz, tidak fasik, bukan pembunuh si mati dan orang yang jujur dan amanah adalah antara syarat bagi orang yang memandikan jenazah..Hebat pemuda berumur 24tahun ini..

Pengalaman yang luas menyebabkan beliau menceritakan pengalaman2 beliau dalam menguruskan jenazah..Antaranya...

Suatu hari, dia diamanahkan untuk memandikan jenazah pemuda yang berusia dalam lingkungan 25 tahun..Ketika memasuki bilik mandian tersebut, dia terhidu bau pekung..Bau yang amat busuk...Dek kerana sudah biasa, dia teruskan sahaja proses memandikan jenazah pemuda tersebut..Dia dengan tenang menatap wajah jenazah tersebut..Hensem, Macho, jambu semuanya ada pada muka jenazah tersebut..Ketika dia hendak membersihkan bahagian dubur si jenazah, didapati terdapat kesan darah dan nanah yang berbau sangat busuk..Pemuda tersebut berasa hairan..Pelik...Bersangka baik, pemuda tersebut meneruskan proses mandian tanpa mengatakan apa2..Bahagian tersebut dibasuh dengan bersih...Yakin..Selesai mandi, kini tiba proses mengkafankan mayat pula..Kali ini, pemuda tersebut diuji..Tiba2, keluar cacing, nanah dan darah daripada dubur si jenazah yang telah siap dikafankan..Allah..Dugaan..Pemuda tersebut dengan tabah memandikan semula si jenazah..Selesai memandikan jenazah, pemuda tersebut tunggu sebentar kot2 darah dan nanah masih lagi keluar..Tunggu punya tunggu punya tunggu, tiada apa2 yang berlaku..Lantas pemuda tersebut berganjak ke proses mengkafankan jenazah..Kuasa Allah..kejadian tadi berulang kembali..Kali ini, cacing yang keluar lebih besar..Darah dan nanah mencurah2 keluar....Pelik..Hairan..Si pemuda pun bertanya kepada sahabat yang rapat dengan si mati..Allah...rupa2nya si mati ketika hayatnya dia menjual 'BELAKANGNYA' demi untuk memuaskan nafsu serakah..Zaman sekarang...Macam2 ada...macam ASTRO..

Habis cerita pertama..sambung pula ke cerita kedua..Pemuda mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa ada cerita menarik yang perlu diketahui oleh pemuda mengenai kematian seorang yang hebat cara kematianya..Lantas, pemuda menemui orang yang menelefonnya...Hebat..Ada seorang hamba Allah meninggal dunia selepas salam pertama ketika mengimami solat Asar....Pemuda teruja..Lantas pemuda berkobar2 untuk memandikan jenazah tersebut..Tetapi..Malangnya, si mati tiada dokumen pengenalan diri...Sedih..Sedih kerana si mati terpaksa disimpan dalam peti beku..Pemuda balik dengan hati yang hampa..10 hari kemudian, dia dapat panggilan untuk menguruskan jenazah yang matinya mati mulia ini..Pemuda xad mood nak uruskan jenazah tersebut..Yelah, dah 10hari berada dalam peti beku..Mesti dah xrupa orang lagi..Tapi disebabkan amanah, dia gagahkan langkahnya...Terkejut..Terkejut melihat keadaan si mati..Jenazah tersebut tidak sejuk dan rosak..Masih dalam keadaan elok..Dan...di dahinya terdapat kesan peluh..Allah..Bersemangat si pemuda untuk menguruskan jenazah ni..Siap dimandikan, ketika hendak mengkafankan si mati, kuasa Allah....Di dahi si mati terdapat kesan kalimah ALLAH yang kemerah2an...Allah.......Terpancar dari dahinya..Pemuda terkejut lantas menanyakan kepada sahabat terdekat mengenai si mati..Rupa2nya..si mati tidak pernah meninggalkan solat tahajjud...Dan..Hampir setiap masa dia melakukan solat sunat Tasbih..Allah....Kita pula macam mane? Jangan tanya seminggu..Dalam setahun berapa kali kita bangun untuk menghadap Allah..Dengan solat sunat Tasbihnya..

Kematian itu satu kepastian....Hidup tidak kekal abadi..

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates