03 July 2010

Sedih dan Gumbira

0 comments
Sedih..melihat jumlah jemaah solat subuh tadi..sgt2 sedih..Di mana kehebatan para pejuang Islam yang sentiasa bercakap dengan hujah2 dan dalil2? Percakapannya yang tidak lari dari topik perbualan agama? Cuba untuk bersangka baik..Agaknya mereka ramai balik kg..Tapi..semalam di bilik TV penuh pulak tuh..Kenapa tidak kekuatan seruan amin itu sekuat bunyi teriakan para ustaz dan bakal2 guru lain ketika meraikan gol Wesley Sneijder?Pelik....Pelik...

Malu...Malu dengan adik2 baru..Time MPPB, sume pakat g masjid waktu subuh..dengan AJK2 sekali..Tapi hari ini?Mana mereka menghilang? Benar..ianya satu amanah yang perlu dipikul untuk melancarkn perjalanan MPPB..(xsume AJK cm2)Tapi bagaimana pula dengan amanah Allah? Jangan sesekali beramal hanya kerana nikmat itu nampak di depan mata..Ini adalah salah satu sebab kenapa adik2 baru dan lama jarang kelihatan di masjid..Kerana AJKny sendiri tidak istiqamah..Malu..Malu dengan Allah..KIta sering didedahkan supaya menjaga hak Allah, nanti Allah akn menjaga hak kita..Tapi kita sendiri xjaga amanah dengan Allah..Allah xtanya berapa banyak ilmu yang kita ada..Tapi Allah tanya berapa banyak amal yang telah kita lakukan daripada ilmu yang diperolehi..

Dulu..Hebat menghebahkan tentang program bacaan surah al-Mulk setiap hari Rabu..Tapi sekali shj di laksanakan..Kenapa?Kenapa? Hebat suruh orang pergi masjid tapi diri sendiri tidak pernah kelihatan di masjid terutamanya waktu subuh..Agaknya solat diluar agaknya..Bersangka baik..Bersangka baik..

Balik dari solat subuh, terasa dahaga akan ilmu Allah yang terlalu sedikit dalam diri ini..Lantas mengambil keputusan untuk pergi ke kuliah subuh di surau berdekatan..Sekali lagi..Di pondok pengawal, macam2 soalan di tanya..Terasa bagaikan berada di pos kawalan tentera Israel..Dengan pakaian ke masjid, mana mungkin hendak pergi clubbing atau sebagainya..Kenapa tidak para pengawal sekat pelajar perempuan yang pakai tudung singkat dan baju ketat?Knp?Knp?

Alhamdulillah..Lepas sudah di pondok pengawal dek kerana alasan yang munasabah dan dengan perkataan yang lembut meminta izin dari mereka..Pergi ke surau al-Madani di seksyen 3..Walaupun agak lewat, tapi rasa puas bila dapat duduk di majlis ilmu..Terasa puas bila bermujahadah menuntut ilmu..Kuliah berkisarkan dengan kemunculan Dajjal sudah cukup membuatkan hati gelisah..Adakah aku akan ikut bersama2 Dajjal atau menidakkan Dajjal sebagai Tuhan..Takut..Takut..Tapi takut sahaja tiada gunanya andai tiada amalan disusuli..Aqidah yang mantap, sentiasa berdoa memohon perlindungan dari 4 perkara ketika d penghujung tahiyyat akhir, 10 ayat permulaan surah al-Kahfi dapat menghindarkan diri daripada fitnah dajjal..Menarik kuliah pada hari ini..Ringkas dan padat..Terkesmia selama2nya..Dengan huraian hadis mengenai dahsyatny azab seksaan kubur...Allah....Rasa tidak layak berpijak dibumi Mu ini..

Pukul 7.20pg, aku bergerak keluar dari surau..Alhamdulillah, pergi ke Azura untuk bersarapan...Cukup kuat penangan roti canai dalam kamus hidupku..Kerana apa?Kerana ayahku juga memiliki sebuah kedai makan yang menjual roti canai..Rindu ayah..Rindu Mak..muaaaaaaahhhh!ok..cukuplah..Nak sambunag buat keje duniawi yang tidak pernah habis nih...Dengan keadaan diri yang lemah dalam pelajaran..em2..

Maaf..Maaf kepada mereka yang terasa..Maaf kerana kekasaran bahasa..Maaf..Kerana anda sume terlalu dimanjakan..Terpaksa bertegas seketika...Dan..bukan untuk mengaibkan AJK MPPB..cume segelintir dari mereka..biasalah...manusia..xlari dari kesilapan..Apa yang penting, berusaha untuk berubah..Berazam..Ilmu itu perlu di amalkan....MAAF...Asif..Sorry..

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates