07 October 2010

Antara Penting dan Yang Lebih Penting.

0 comments
Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika usia mereka tujuh tahun. Pukullah mereka kerana tidak solat ketika usia mereka sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Abu Daud)

Rasa kagum dalam diri ini apabila melihat ibu bapa dapat mendidik anak-anak untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadhan. Dalam usia yang masih muda, telah dilatih untuk menunaikan salah satu rukun Islam. Hebat..Hebat mak ayahnya..

Sudah menjadi kebiasaan, anak-anak yang tidak berpuasa akan didenda agar tidak makan bersama-sama dengan orang yang berpuasa. Duduk jauh-jauh akibat penangan tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Terasa diri bagaikan tidak mempunyai kepentingan dalam keluarga.

Bila anak-anak dapat berpuasa penuh, mereka akan diberi ganjaran berupa wang ringgit mahupun barang berharga sebagai penyuntik semangat bagi mereka untuk berebut2 berpuasa penuh. Ingat x ayat ni...Xpuasa, xbole raya..

Tetapi...Tidak ramai pula ibu bapa yang melarang anak-anak bersarapan pagi akibat tidak solat Subuh..Tidak menyediakan makanan tengah hari akibat tidak menunaikan fardhu Zohor..Tidak menyediakan makanan malam akibat tidak solat Maghrib mahupun Isya'..

Kenapa hanya dalam bab puasa sahaja ibu bapa boleh menetapkan garis panduan sebegitu rupa. Memang benar Ramadhan itu penghulu segala bulan. Ia lebih mulia dari bulan-bulan yang lain. Tapi xkn iman kita hanya meningkat pada bulan Ramadhan? Adakah kita sudah berjaya memasuki golongan orang-orang yang menjadi hamba kepada bulan Ramadhan? Tepuk dada, tanya iman. Kalau tanya selera, batu gn kayu je ditolak. Laen sume dibedal.haha.

Mentaliti seperti ini harus diubah. Hadis di atas jelas menunjukkan betapa solat terlalu penting bagi insan yang bergelar Muslim. Bukan saya hendak menafikan kepentingan berpuasa. Tapi hendaklah bijak memilih mana yang lebih utama.

Orang yang berpuasa, belum tentu dia menunaikan solat dengan sempurna. Tetapi, orang yang solat, sudah tentu dia berpuasa dengan puasa yang sungguh-sungguh.

Merindui Ramadhan....

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates