07 October 2010

Lawak ilmiah.

0 comments
Zaman dahulu, Tok Guru mengajar tanpa menggunakan sebarang kitab. Anak-anak muridnya pula memiliki pelbagai jenis kitab. Betapa hebatnya Tok Guru zaman dahulu kerana mampu mengingati segala jenis ilmu yang ada di dalam kitab yang berkenaan. Siap muka surat sekali boleh diberitahu.

Zaman sekarang, Tok Guru mengajar menggunakan kitab. Tetapi anak-anak muridnya pula tidak memiliki sebarang kitab. Betapa hebatnya anak-anak murid zaman sekarang kerana tidak perlu merujuk kepada kitab-kitab yang berkenaan kerana 'agaknya' semua ilmu yang diajar oleh Tok Guru boleh dicerna dengan begitu baik. Boleh disimpan, diamal dan dikeluarkan balik untuk manfaat semua orang.

Haha. Senyum sorang-sorang sebab terkena kt batang tubuh sendiri.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates