05 October 2010

Terbaik Dari Ladang.

0 comments
Membicarakan tentang martabat solat, Hassan al-Banna pernah berkata: Sudah tentu anda tahu, dalam Islam solat ibarat kepala kepada tubuh manusia. Solat adalah tiang, tunjang, rukun dan lambang Islam yang kekal abadi. Solat juga adalah penyeri hidup, penenang jiwa, penghibur hati, penghubung antara hamba dengan Tuhan, pelantar roh kekasih naik ke tingkat tertinggi menikmati belaian Ilahi dan bergembira di taman suci.

Solat menghubungkan kebahagiaan dua alam, alam ghaib dan alam nyata. Solat seolah-olah cahaya yang bersinar dalam jiwa yang menghayatinya. Solat akan terasa lebih bagi sesiapa yang menikmatinya. Pernahkah anda melihat suasana yang lebih indah, lebih menarik dan lebih agung daripada suasana seseorang yang sedang khusyuk beribadah, rukuk dan sujud, berdoa pada tengah malam kerana takutkan Akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya, pada saat semua mata sedang tidur dan tenang berada di pembaringan, Pada saat kekasih sedang berada di samping kekasihnya. Namun pada saat itu orang yang memahami akan berkata:

Sia-sia bersengkang mata bukan kerana mencari keredaan-Mu. Malangnya jika mata ini menangis bukan kerana merindui-Mu.

Petikan Irsyad al-Qari' : bi syarhi mukhtasar sahih al-Bukhari, oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Bab keenam, jilid pertama, kitab solat, m/s 87.

Terbaik dr ladang la kitab ni. 2 jilid bru rm50. beli la..

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates