07 November 2010

Jalan-jalan

8 comments
Orang kata, jauh perjalanan, luas pemandangan. Aku tambah, luas pandangan, banyaklah dosa. Banyak dosa, kenalah selalu istighfar. Bila selalu istighfar, mudahlah urusan hidup kita. Rezeki juga bertambah-tambah. Bukan semua orang Islam tahu cara atau kaedah menutup aurat dengan sempurna. Salahkan diri sendiri dalam hal sedemikian rupa. Kerana apa? Kerana kitalah yang sepatutnya memberi mereka gambaran mengenai tatacara pemakaian yang dianjurkan Islam. Bila pandang kiri, free hair. Pandang kanan, alamak ketatnya. Manusia2..

Alkisah...semalam, Sabtu, 6.11.10, aku gn abang aku meneroka bumi Allah di Melaka, negeri 'maju 2010'. Maju habis. Pukul 11.00 pg gerak dari rumah menuju ke Jasin. Sepupu aku kahwin. Dengan orang Kelantan. Happy tengok orang kahwin. Bukankah dengan perkahwinan itu, telah melengkapkan separuh dari agamanya? 'bersemangat nak kawen'.ahah. Semoga Allah merahmati pernikahan kamu berdua. Semoga anak2 yang akan dilahirkan adalah anak-anak soleh dan solehah.amin..


Suke part ni.


Sape cakap aku drive laju. See..110 je kot..Pemandu berhemah.

Dalam pukul 3.30, kami gerak ke Banda Hilir. Sampai tol Ayer Keroh, park kete. Naik kete abang. Bukan nak kata apa, tapi memang sangat2 menguji kesabaran. Dah lah jalan Melaka tu kecik. Ramai pulak 2 manusia. Jam jugak lah. Kat Pontian xad pun jam2 camni. Haha..

Selesai solat, g la jalan2. Niatny nak naek menara taming sari. Tengok orang ramai sangat, jadi malas pulak. Xad masa lah nak tambah2 dosa ni bercampur laki pompuan xtentu pasal. Jadi..Kami berjalan jela. Cuci mata tengok bangunan2 lama.


Ni la..Adik beradik 2 orang jerk. Laki pulak 2. Harapan mak ayah nak tengok anak2 dia berjaya. Abang dah berjaya kot. Aku je ni..Exam pun mls nak study..Aish..

Solat kat mall ape tah nama dia. Aku terjumpa Uwais dengan sape tah lagi sorang dak Ipis. Rupenya aku ni bukan seorang yang peramah. Sebab aku xkenal nama dia. Muka kenal lah. 'Koreksi diri'. Pas2 g makan kat foodcourt. Alhamdulillah, kenyang..Dalam pukul 9.30mlm keluar tol Ayer Keroh. Abang ke Pontian, aku ke Bangi. Pukul 10.30mlm tepat sampai pintu pagar Ipis yang tersergam indah di samping pak guard yang sangat komited dalam menjalankan tugasnya. Terasa Kelisaku begitu hebat apabila meninggalkan beberapa buah kete yang berharga ratusan ribu jauh di belakang. Haha. Biar kete murah, janji berani.

Konklusinya, susah kalau nak jalan2 ni. Mata, pergaulan. Banyak sangat dugaannya. Kita tengok pemerintahan BN macam ni, apa kata kita try bagi PAS pulak merintah negara. Aku rasa lebih ramai yang bertudung dari yang free hair. Rasa lebih ramai yang labuh dari yang singkat. Lagi ramai yang longgar dari ketat..ahah. Study jom!

8 comments:

zulhelmi said...

kalau PAS perintah tapi rakyat masih yang sama, sama juga je kot jadinya? tak gitu? huhu. pendapat ja bro. :)

Islam itu dibina atas lima perkara. Lima perkara itu kena ada dalam setiap muslim. baru kurang orang free hair, buang bayi dsb. Lepas dah ada lima perkara tu, barulah boleh kot rasanya nak tegakkan keadilan guna cara Islam, sistem perbankan cara Islam, segalanya mengikut Quran dan Sunnah. sebab semua orang dah setel bab 5 perkara tuh. ubah semua ikut cara Islam takde orang melenting pun.

kalau sekarang nak gubal sistem ikut cara Islam, mahu tak marah orang2 kat luar sana tu? yang masih free hair, seks bebas dan sebagainya.

penguatkuasaan undang2 Islam semata takkan berjaya kalau orang Islam masih berfoya-foya, minum arak dan sebagainya. tak rasa kejam ke kita hukum orang yang kita tak pernah ajar dia the true way of Islam. ingat, zaman Nabi dulu haram arak berperingkat. Allah tak haramkan terus. Nabi setelkan keimanan orang2 tuh dulu, then suruh kurangkan, dan pada satu tahap dimana mereka dah hebat iman, bila Allah haramkan ja, terus semua pecahkan botol2 arak hingga banjir tempat tuh dengan arak pada masa tuh. sebab apa? sebab iman mereka dah kuat, Allah suruh buat apa pun ON je. hehe.

masalahnya la ni umat Islam dah tahu tentang halal haram, cuma tak disedarkan je iman mereka.

sama2 doa jom moga Allah bagi hidayah untuk kita dan mereka semua. :) amin.

sorry dude ini cuma pendapat saya je hehe. afwan mer kalau ada tersilap cakap. hehe :)

Ameer said...

haha..great thinking bro..betul2.setuju..tapi, bila yang dh berkuasa tuh fhm Islam, insyaAllah sume aktiviti maksiat dpt dikurangkan. Kita boleh ubah keadaan dengan kuasa. krn dgn kuasa lah, BN menguasai setiap ceruk media. media massa, elektronik. bukan nk kata dgn kuasa 2 kita boleh wt sesuka hati. tp kita boleh cegah dengan kuasa kn.

memang fitrah manusia xbole terima perubahan secara mendadak. slow2 dan berstrategi. bak kata saidina Ali, kebenaran y tidak tersusun akan kalah dengan kebatilan y tersusun. byk cara kita bole gambarkan kt org gaya hidup Islam y lengkap. kita tgk tv skrg ni memainkan peranan y teramat penting dlm mengubah mentaliti ank2 muda mengenai Islam. tgk saje pakaian artis2. pergaulan. peluk2 dan sebagainya. apa kata kita ubah rncangan berbantuk maksiat kpd rancangan berbentuk ilmiah. kalu xad kuasa, mcm mane nk ubh kan...

Kita tgk sahabat2 bila trun perintah Allah, dorang terus On je..sebabny didikan Rasulullah. kita lihat betapa hebat Rasulullah memimpin sehinggakan rakyat2ny beriman dengan iman y sungguh2 kpd Allah..kita kaitkan dengan konsep pemimpin di negara kita. adakah ia mengikuti cara Rasulullah memerintah negara? Rasanya jauh panggang dari api. hehe..

sebenarny, kita sume perlu memainkan peranan dlm meyedarkan org sekeliling memahami Islam. Doa juga perlu seiring dengan pelaksanaan. barulah hebat.hehe..

papepn, best bro muzakarah bab2 agama ni. tq ye bro..nice 2 meet you..

naima akhafullah said...

Teringat kita dengan hadis soheh daripada Rasulullah yang menerangkan kedudukan agama itu adalah terletak pada pemimpin.kita boleh faham dari sini bahawa kedudukan agama itu akan diutamakan apabila pemimpin mengutamakan Islam sebagai dasar sebagaimana yang Rasulullah lakukan di Madinah. Merekalah yang akan dipertanggungjawabkan sekiranya agama tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam pemerintahan mereka.

Namun, apakah di Malaysia pada hari ini, dengan keadaan masyarakat yang berbilang kaum yang kita miliki sudah bersedia menerima Islam sebagai dasar utama dalam pentadbiran negara ini? Maksudnya jika PAS pada suatu masa akan dapat memerintah Malaysia dengan bantuan rakan-rakan mereka, apakah mereka semuanya bersetuju dengan agenda PAS yang mahu mendaulatkan al-Quran dan hadis sebagai perlembagaan tertinggi.

Teringatkah kita kepada sirah Rasulullah tatkala baginda ditawarkan dengan tahta, harta dan wanita melalui bapa saudaranya, Abu Talib di awal dakwahnya di Makkah? Mengapakah Rasulullah tidak sahaja menerima tawaran tersebut dan dengan takhta sebagai raja dan harta yang banyak itu bolehlah baginda memaksa dan menyogok penduduk Makkah masuk Islam.

Semuanya ditolak Rasulullah, bahkan Rasulullah menjawab kepada bapa saudaranya itu dengan satu jawapan yang sangat indah. Kata baginda, “Jikapun matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan diletakkan di tangan kiriku nescaya aku tidak akan menghentikan dakwah risalah ini.” jawapan itu menyebabkan Abu Talib akur malah menyatakan sokongannya kepada Rasulullah.

Maknanya di sini, kekuasaan bukanlah segala-galanya. Kemenangan juga bukan segala-galanya dalam menuju ke arah transformasi. Ianya akan terjadi secara sunnatullah apabila rakyat sudah bersedia ke arah transformasi secara menyeluruh.

Justeru, jika benar kita rakyat Malaysia mengimpikan satu transformasi bagi melenyapkan hagemoni kiasu yang sudah berusia lebih 52 tahun itu. Kita semestinya tidak hanya sibuk dengan perang mulut siasah sahaja. Ada satu tugas juga yang amat penting di sana yakni menyediakan masyarakat yang bersedia berubah menerima transformasi siasah yang akan berlaku.

Pendedahan dan penyebaran maklumat, menerangkan apakah itu Islam yang sebenarnya, bukan daripada kacamata pihak yang berkepentingan. Adakan dialog demi dialog, ceritakan kelebihan dan keindahan Islam dan kurangkan berbahas perkara yang tiada hujung pangkalnya. Yakinlah apabila risalah Islam sudah mereka fahami, sekalipun mereka tidak masuk Islam mereka akan faham bahawa Islam adalah pilihan terbaik bagi dijadikan dasar dalam sesebuah negara.

Ini semua akan berlaku andai rakyat Malaysia sudah mempunyai fikrah yang bebas dan ilmu yang mapan. Dengan itu mereka akan dapat membuat pilihan sewaras akal yang mungkin, kerana mereka sudah dapat membezakan yang haq dan yang batil........

Ameer said...

syukran..well done naima =)

zulhelmi said...

"Ianya akan terjadi secara sunnatullah apabila rakyat sudah bersedia ke arah transformasi secara menyeluruh."

Ana suka ayat ini. :)

ana tak kata dengan Pas memerintah tak boleh kurangkan maksiat. mungkin boleh dikurangkan, tetapi tidak secara total.jom kita pandang lebih jauh sikit. hehe.

kita lihat pada zaman Islam di Cordova. Islam datang dengan kuasa yang kuat. tapi bila Islam jatuh, tak sampai seratus tahun, penduduk di Spain semua jadi kafir kembali.

berbeza dengan keadaan di Tanah Arab. Islam jatuh, tetapi masih tinggal saki baki Muslim yang kuat binaan Islamnya. menyebabkan Tanah Arab masih lagi dinamakan 'ISLAM' berbanding di Spain yang terus tukar menjadi negara Kristian.

kerana apa? Kerana kuatnya tiang2 yang telah dibina oleh 5 perkara rukun Islam. bila dah kuat piling kat bawah tuh, barulah boleh bina Islam diatasnya. termasuklah politik, kewangan dsb.

copy paste sikit ayat naima : "Ada satu tugas juga yang amat penting di sana yakni menyediakan masyarakat yang bersedia berubah menerima transformasi siasah yang akan berlaku."


aik bro. tak kenal aku ka? aku zulhelmi bin zulkifly dari Pontian Johor. saudara ex classmate kau, Anim Arifah. harap nta ingat lagi. :)

Ameer said...

la zul!ko rupeny..knp xbtaw ak awal2..ish......hebat la mamat korea nih..^_^

zulhelmi said...

ala. terjumpa kau kat page Nurfadzly Basar.

best blog. aku follow blog kau lah camni :)

aku takde blog. tak reti nak mengarang. hehe.

Budak Hanyut said...

bangga jadi kawan amer n zulhelmi =) hahahah

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates