20 November 2010

Kalau..

1 comments
Kalau..setiap hari seluruh orang Islam di dunia ini membaca al-Quran sekurang-kurangnya 2 muka surat setiap hari, aku yakin seluruh mereka akan memperoleh jiwa yang tenang lagi penuh dengan kelembutan.





Kalau..setiap hari, dipaparkan beberapa hadis Baginda Rasulullah SAW di television, aku yakin akan bertambahnya jumlah rakyat Malaysia yang lebih menyintai Allah dan Rasulullah daripada yang selainnya. Aku yakin rakyat Malaysia akan berlumba-lumba mencari cinta Ilahi. Aku yakin sunnah Baginda akan terus dihidupkan.



Kalau..kisah-kisah Rasulullah digantikan dengan program memperingati jasa P.Ramlee, aku yakin majority rakyat Malaysia akan lebih mengenali peribadi, perjuangan dan jasa yang ditabur oleh Baginda SAW. Aku yakin mereka lebih kenal para sahabat daripada pelakon atau penyanyi terkenal masa kini.



Kalau..lagu-lagu P.Ramlee yang diubah dan dinyanyikan semula penyanyi terkenal masa kini digantikan dengan kuliah-kuliah mahupun ceramah agama, aku yakin akan bertambahnya jumlah rakyat Malaysia yang mencintai ilmu serta para tok gurunya. Aku yakin, akan berkurangnya golongan yang mencela para ulama' dan golongan yang memperlekeh hukum yang ditentukan Allah. Aku yakin mereka akan beramal selari dengan ilmu yang dimiliki.







Kalau..media massa pada hari ini bertindak telus dan adil, aku yakin majority rakyat Malaysia akan memilih pemimpin yang betul-betul layak mengurus tadbir negara Malaysia mengikut konteks yang telah digariskan Allah dan Rasulullah.



Kalau..Jika..Allah izin semua ini terjadi, insyaAllah ia akan terjadi. Allah bisa membinasakan Firaun dalam sekelip mata. Tidak mustahil jika Allah hendak membinasakan UMNO dalam sekelip mata. Ianya tidak terjadi kerana Allah ingin melihat pejuang yang ingin menegakkan Islam merasai nikmat sebuah perjuangan. Allah ingin kita merasai betapa indah berjuang kerana Allah SWT. Nikmat syurga tidak bisa diberi percuma tanpa ada sebarang usaha mahupun pengorbanan bagi mencari rahmat Ilahi.

1 comments:

husniyah bazlaa said...

yeah...kalau..

tapi nak katanya.. ni la tugas kita sebagai murobbi.. insyaAllah dengan usaha yang mungkin sekelumit boleh di membawa kepada kebangkitan islam dan mencapai ustauzatul alam..

*elak guna kalau sebab memberi ruang pada syaitan..=peringatan utk dri juga=

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates