21 November 2010

::..

1 comments
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah berbanding mukmin yang lemah” (riwayat Muslim)

Memetik pepatah Arab, "al-aqlus salim fil jismis salim", aku menyedari bahawa agak 'bahaya' jika meneruskan kehidupan di teratak cik Asbi yang senantiasa dipenuhi dengan makanan yang lazat lagi berkhasiat. Semalam makan pizza. Hari ini makan pizza lagi. Niat nak buat sendiri. Dah tengok dah cara-cara nak wat. Tapi malas pulak. Hehe..

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku mengambil keputusan untuk berjogging pagi tadi. Seawal jam 7.30 pagi, aku sudah memanaskan enjin 1.3 Twin Cam, Perodua Myvi bernumber flat JKH 978 milik abang kandungku. Setibanya di Stadium Mini Pontian, aku terus mengaplikasi teknik memanaskan badan yang telah dipelajari ketika kuliah Pergerakan Asas dijalankan. Minor PJ kot. Huh~

Dapat 2 round je jogging pagi tadi. Terasa badan sudah begitu berat untuk ditampung kaki. Bahaya ni. Baru berapa hari di rumah, sudah dapat aku rasakan perubahan berat badan. Kalau sebulan macam ni, bagaimana? Bukan takut badan besar, cuma risau dapat penyakit. Cewah..

Tak mengapalah. Selagi kita mampu menikmati pelbagai juadah yang disediakan, just go on. Lagi 1, aku dapat lihat betapa ibuku gembira melihat anaknya ini makan bersungguh-sungguh setiap masakan yang dimasak beliau. Mak gembira, saya lagi gembira mak! Penat mak masak, tak kan tak nak makan kan.

Memetik hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Apabila Baginda menyukai makanan tersebut, maka Baginda akan makan. Jika tidak, Baginda meninggalkannya.

Hehe..Mak masak, semua sedap. Jadi..aku kena makan! Hehe..


Jom jogging!

1 comments:

bisikan insan said...

credit to cik sarah dpt bntuk ank didiknya rjin bersukan..mantop..

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates