27 November 2010

I Luv Rasulullah

0 comments
Umum mengetahui kelahiran Nabi Muhamammad SAW membawa satu perubahan baru dalam kehidupan setiap insan yang bernama manusia. Allah SWT berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud:

Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk membawa dan menjadi rahmat bagi semesta alam.

Seperti yang kita sedia maklum, kehidupan manusia sebelum kelahiran Nabi Muhammad amat gelap dan berpaksikan nafsu semata-mata. Mereka tidak mempunyai rasa kemanusiaan dan keadilan. Kaum wanita dipandang hina kerana mereka dianggap pembawa sial. Mereka hanya dijadikan hamba kerasukan nafsu lelaki Jahiliyyah dan mereka menimbus hidup-hidup anak perempuan yang baru dilahirkan.

Berfikir sejenak, perkara sedemikian juga berlaku pada hari ini. Malah lebih hina dari perbuatan tersebut. Tiada rasa kemanusiaan, orang lain sanggup difitnah demi kepentingan politik semata-mata. Kaum wanita hari ini juga dijadikan hamba seks bagi kaum lelaki. Malah ada juga wanita yang ketagih seks dan dia yang mencari sang lelaki bagi memuaskan nafsu serakah mereka. Salah satu punca terjadinya perkara sedemikian adalah kerana hukum buatan manusia lebih diagungkan dari hukum Allah yang adil lagi saksama.

.:Kelahiran Rasulullah mengangkat martabat ulama:.
Tiada seorang indidvidu yang mampu mengangkat martabat ulama selain Rasulullah. Kelahiran baginda membuka ruang seluasnya untuk para ulama menyambung agenda dakwah Rasulullah. Rasulullah bersabda,

Akan datang satu masa kepda orang ramai di mana mereka menjauhkan diri daripada para ulama dan golongan fuqaha (ilmuan dalam ilmu fiqh), maka Allah SWT akan timpakan mereka dengan tiga jenis bala:

1.Allah akan mengangkat dari diri mereka keberkatan dalam segenap usaha yang dilakukan
2.Allah akan menghukum mereka dengan wujudnya pemerintah yang zalim
3.Mereka meninggalkan dunia tanpa membawa secebis iman dalam diri mereka

Hadis di atas jelas menunjukkan ketinggian darjat ulama di sisi Allah SWT. Kita hendaklah senantiasa bersiap sedia menggalas bebanan menyampaikan perkara yang benar dan menyeru ke arah kebaikan.

.:Kedudukan lelaki dan wanita sama dalam islam:.
Selepas kelahiran Baginda, martabat wanita diangkat dan kedudukan mereka disamakan dengan lelaki. Penerimaan pahala, keimanan kepada Allah adalah sama di antara lelaki dan wanita. Malah, jika wanita tersebut memiliki akhlak yang baik, banyak melakukan amal ibadat dan tinggi ketakwaannya kepada Allah, mereka adalah lebih mulia. Ini bertepatan dengan janji Allah dalam al-Quran bahawa sesungguhnya orang yang paling baik ialah orang yang paling bertakwa kepda Allah SWT.

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

.:Hakikat jihad:.
Jihad dalam bahasa Arab ialah kata nama terbitan daripada 'jahaada' yang bermaksud berusaha gigih untuk mencapai sesuatu matlamat. Jihad menurut istilah syariat Islam adalah berusaha gigih untuk menegakkan sebuah masyara'at Islam dan meletakkan kalimah Allah SWT di tempat yang tertinggi, seterusnya membawa syariat Allah untuk memimpin seluruh alam.

Daripada Abdullah bin Mas'ud RA berkata, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, Hai Rasulullah! Apakah amal yang paling baik? Baginda menjawab, sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi, Kemudian, apa lagi? Jawab Baginda, berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi, apa lagi ya Rasulullah? Baginda menjawab, berjihad pada jalan Allah. Maka aku pun diam daripada bertanya kepada Rasulullah kerana jikalau aku masih bertanya nescaya Baginda akan memberi jawapan.

.:Kedudukan wanita dalam jihad:.
Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Al-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab datang menemui Rasulullah lalu berkata:

Aku telah diutus oleh wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup di sisi Allah serta mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?

Rasulullah bersabda:
Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui hak suami adalah menyamai pahala orang yang berjihad, tetapi adalah sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan sedemikian.

Rasulullah pernah ditanya, Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?
Rasullullah menjawab: Perempuan yang bila suaminya memandangnya, dia berasa gembira, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya
Kita dapat melihat betapa Allah itu maha Adil. Jihad yang paling utama bagi wanita ialah mentaati suaminya. Sebagai seorang wanita, mereka perlu menjaga pelbagai perkara yang ada dalam diri mereka agar tidak timbul fitnah. Terlalu banyak amanah yang perlu dijaga oleh wanita. Baik senyumnya, wajahnya, percakapannya, gaya berjalannya, semua itu adalah amanah.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates