20 November 2010

Wukuf di Dataran Merdeka

1 comments


Pada suatu hari, semasa bertemu almarhum Ustaz Hassan Shukri di bangunan pejabat KoHilal beberapa tahun yang lepas, beliau mengajak saya minum. Saya jawab saya puasa. Beliau berkata, itulah, banyak orang tidak tahu, hari ini haram puasa.

Hari tersebut ialah sehari sebelum hari raya Eid ul Adha di Malaysia. Tahunnya saya tidak ingat lagi. Tetapi dalam tahun 1990an. Pada hari tersebut, jemaah haji sudah pun menyambut Eid ul Adha, tetapi kita di Malaysia merukyahkan hari tersebut sebagai 9 Zulhijjah.

Saya tidak mahu contest fatwa yang dikeluarkan mengatakan hari Eid ul Adha tahun ini jatuhnya semalam, Rabu 17 Nov. 2010. Yang saya hendak timbulkan ialah bagaimana seorang DJ sebuah setesyen radio mengatakan bahawa hari selasa 16 Nov. 2010 sebagai hari wukuf.

Wukuf itu hanya di Padang Arafah sahaja, dan pada tahun ini jemaah haji sudah wukuf di Arafah pada hari Isnin 15 Nov. 2010. Bagaimana kau boleh kata hari selasa pula hari wukuf?

Mungkin kau wukuf di dataran merdeka kot?

**See..kalau nak beribadah, biar ada ilmu. Bukan hanya mengikut adat kebiasaan semata-mata..

Daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud, "Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

Aku yakin korang semua tahu yang hari raya Aidiladha adalah 10 Zulhijjah. Ayuh, tuntut ilmu sehingga ke akhir usia..

1 comments:

Ameer said...

Copy paste dari: http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/11/wukuf-di-dataran-merdeka.html

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates