17 December 2010

Lawak di Pagi Jumaat

0 comments
Azmi merupakan seorang guru yang baru sahaja ditempatkan di sebuah sekolah rendah sekitar kampung Pasir Berdengung. Oleh kerana baru sahaja di situ, dia memulakan sesi taaruf bersama murid tahun 2 Laju. Sesi taaruf dimulakan dengan bertanyakan nama dan cita-cita setiap murid.

Akim berdiri dan berkata, "Nama saya Abdul Hakim bin Maslan. Bila saya dah besar, saya nak jadi seorang jurutera. Nanti bolehlah saya bina bangunan pencakar langit seperti Menara Warisan".

"Bagus Akim. Terima kasih. Siapa lagi?," Tanya cikgu.

Pandikar Ali pula berdiri dan berkata, "Nama saya Pandikar Ali bin Pandikar Nazri. Cita-cita saya nak jadi perdana menteri. Nanti, bolehlah saya jadi pemimpin yang adil".

"Bagus. Pemimpin yang adil merupakan musuh syaitan. Siapa lagi?," Cikgu bertanya.

Tiba-tiba, seorang murid perempuan berdiri dan berkata, "Nama saya Rosmah binti Amin. Bila saya dah besar, saya nak jadi suri rumah sepenuh masa dan mempunyai anak-anak yang comel".

"Jadi suri rumah merupakan kerja yang sangat mulia. Siapa lagi?,"

Johari bangun dan berkata, "Nama saya Johari bin Said. Bila saya dah besar, saya bercita-cita untuk membantu Rosmah mencapai cita-citanya.......".

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah ini yang akan terjadi bila pendidikan seks mula diajar pada awal tahun depan. Budak-budak sekarang ni dah terlalu advance. Tengok aksi di kaca television, mahu dipraktik pula dalam kehidupan seharian. Ouh..Adakah dengan adanya pendidikan seks, ia akan memenuhkan kerusi kosong di Sekolah Harapan? Hahaha..


Oha..ni kes naya..


Wajar ke?

Sekadar lawak di pagi Jumaat yang mulia..

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates