21 December 2010

Malu**

0 comments
Dari Abi Mas'ud Uqbah bin Amru al-Anshari al-Badri r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu; ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki~Riwayat Bukhari

Malu..ia adalah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji. Ia lahir dari hati. Hati yang sering mengingat Allah SWT, akan lahirlah perasaan malu dalam dirinya. Ke mana sahaja diri berada, hati sentiasa ingat Allah. Malu sebegini mendorong pemiliknya memiliki sifat takwa. Rasulullah juga seorang yang pemalu. Malunya lebih dari malu seorang gadis dalam biliknya.

Malu terbahagi kepada dua jenis. Malu yang asli dan malu yang diperolehi hasil daripada penelitian segala nikmat yang diberi kepadanya baik sekecil-kecil nikmat sehinggalah sebesar-besar nikmat Allah SWT.

Malu yang asli adalah tabiat dan perangai seseorang sejak dilahirkan ke dunia. Manakala malu yang kedua pula boleh dimiliki hasil daripada usaha mengenal Allah, menginsafi segala kebesaran dan kemuliaan Allah SWT.

Kedua-dua malu ini amat penting bagi setiap insan untuk berjaya di dunia dan akhirat. Seharusnya, malu ini menjadi sumber kekuatan dan sistem imunisasi iman bagi menepis segala perbuatan keji dan mengajak kepada perkara kebaikan. Sifat malu juga membuatkan pemiliknya memiliki akhlak yang terpuji, umpama akhlak Rasulullah SAW.

Namun begitu, ada juga malu yang tercela dan tidak dikehendaki. Pertamanya, malu untuk berkata dan melakukan sesuatu yang benar. Contoh yang mudah, Ali malu untuk berkata benar dihadapan rakan-rakannya yang sering melakukan maksiat. Ali malu menegur rakan yang lain menonton video lucah, berpacaran sehingga menghalalkan segala hukum Allah yang terang-terangan diharamkan di sisi Allah SWT. Ali malu kerana takut hubungan mereka renggang dek kerana berkata suatu yang benar. Ini bukan malu, akan tetapi, ianya adalah sifat seorang pengecut!

Seterusnya, malu untuk bertanya akan sesuatu perkara yang tidak diketahui. Pepatah Melayu ada mengatakan, malu bertanya, sesat jalan. Benar, lebih-lebih lagi dalam perkara berkaitan agama. Jangan jadi orang yang 'bodoh sombong'. Dalam proses memahami agama Islam, tiada istilah *malu*.

Tetapi pada hari ini, kita dapat lihat ramai umat Islam yang seakan-akan malunya telah dicabut Allah SAW. Tidak malu untuk dedahkan aurat. Tidak malu untuk berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh yang mengiurkan. Tidak malu untuk berpegang tangan dikhalayak. Kononya, mereka itulah kekasih sejati. Sakit hati memandang pasangan sebegini rupa.

Kalau kita benar-benar mensyukuri segala nikmat yang telah diberi Allah SWT, kita akan berasa malu untuk melakukan segala jenis maksiat yang mengotori hati.

Pernah Junaid Al-Baghdadi ditanya oleh seorang Guru Tasauf yang terkenal di zamannya iaitu Assariy Assaqothi sedang Junaid ketika itu baru berusia 7 tahun.

Bertanya Assary : "...Apakah erti syukur wahai Junaid?.."

Maka Junaid Al-Baghdadi menjawab : "..Syukur itu ialah tidak menggunakan nikmat yang diberi ke arah maksiat pada Allah!.."

Mendengar jawapan tersebut, Assaray Assaqothi menyatakan kebimbangannya dengan berkata :

"..Wahai Junaid..sesungguhnya aku khuatir dan bimbang sekiranya apa yang kamu ucapkan itu hanyalah sekadar di lidahmu sahaja.."

Sejak itu kata Junaid..:

"..Aku selalu mengalirkan air mata mengingatkan kata-kata Assary kerana bimbang kalau-kalau benar apa yang telah diucapkannya kepadaku.."

Maluuu oooooohhh maluuu.......!


0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates