Dari Abu Hurairah ra, Bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah SAW: "Berilah wasiat kepadaku. Sahut Nabi: Janganlah engkau marah. Kemudian ia mengulangi beberapa kali. Sabdanya: janganlah engkau marah". (Riwayat al-Bukhari)
Setiap manusia pasti memiliki perasaan marah. Ia tidak boleh dihapus. Akan tetapi, ia boleh dikawal. Jangan dituruti nafsu kemarahan itu kerana keburukannya lebih dari kebaikan.
Apabila marahnya seseorang itu, matanya memerah dan urat lehernya kelihatan timbul. Degupan jantung berdegup kencang. Kita yang melihatnya pasti berasa tidak selesa. Seram sejuk dibuatnya. Benarlah sabda Rasulullah SAW, "Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk".
Teorinya memang mudah, cuma praktikalnya yang bermasalah. Lihat saja situasi hari ini. Ramai individu yang tewas dalam peperangan bersama nafsu kemarahan. Maki hamun, mencarut sudah menjadi kebiasaan kita pada hari ini apabila marah menguasai diri. Saya yakin, ramai bijak pandai hari ini mengetahui dengan mengubah posisi badan, ia dapat meredakan kemarahan. Apabila berdiri, duduk dapat meredakan kemarahan. Jika masih marah, hendaklah ia baring. Namun, ia tetap gagal memenangi hati individu yang sedang dilamun nafsu kemarahan. Kecuali hanya orang yang benar-benar mengamalkan setiap ilmu yang dimiliki. Orang yang dalam hatinya, cuma ada cinta Allah dan Rasulnya.
Nabi Isa telah berkata kepada Nabi Yahya, "Saya akan mengajar engkau satu ilmu yang berguna iaitu janganlah engkau marah! Bagaimana caranya supaya saya jangan marah? Tanya Nabi Yahya. Jawab Nabi Isa: Bila ada orang yang mengatakan tentang kesalahan engkau, maka katakanlah, itu sememangnya dosa yang saya tetap ingat dan kerananya saya minta keampunan Allah. Jika ada orang yang mengatakan suatu yang tidak ada pada engkau, maka bersyukurlah kepada Allah kerana dia telah membuat kebaikan kepada engkau dengan menghina engkau.
Apabila dikeji mahupun dicaci, maka berdiam diri itu lebih baik. Sabar. Sabar? Ia juga perkara yang rumit untuk dipraktik dalam kehidupan seharian. Ramai orang hari ini, apabila diumpat atau dicaci, pasti individu tersebut akan melenting. Api kalau bertemu api, maka maraknya semakin bertambah. Tetapi, jika api bertemu air, walau marak mana sekalipun api, ia tetap akan tewas. Bersyukur kerana dengan celaan tersebut, kita memperoleh kebaikan. Kebaikan menahan marah, kebaikan tidak memutuskan tali silaturrahim, kebaikan tidak menyakiti hati si penyebar cacian.
Marah itu pelbagai jenis. Seperti juga rancangan television. Ada rancangan yang memberikan seribu satu manfaat. Tak kurang juga rancangan yang dikhaskan untuk memusnahkan akhlak belia Islam pada hari ini.
Imam al-Ghazali berkata, "Kemarahan manusia bermacam-macam. Setengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Setengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Setengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yang terpuji".
Orang yang tidak dapat mengawal marahnya, dialah insan yang lemah. Lemah mengawal dirinya daripada terus terjerumus dalam nafsu marahnya. Orang yang marah, mereka tidak dapat berfikir secara normal. Fikirannya bercelaru. Setiap keputusan yang diberi dalam keadaan marah, hanya akan menjadikannya sia-sia. "La Taghdob!"
Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepas kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sehendaknya~HR Abu Daud - at-Tirmizi
Jangan!
Kambing bole senyum, tak kan kita tak bole kot..?
29 December 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment