29 December 2010

Mati Itu Pasti

0 comments
Pada satu pagi yang hening, Cik Mat bergegas ke klinik berdekatan untuk berjumpa Doktor Azmi. Katanya, ada temujanji bagi mendapatkan pengesahan pemeriksaan fizikal tahunan. Doktor mengesahkan bahawa Cik Mat menghidap barah otak dan hanya ada lebih kurang 7 minggu sahaja untuk dia menikmati kehidupan dunia.

Cik Mat menfikannya. Mentah-mentah dia menafikan keputusan tersebut. Selama ini dia tak pernah mengalami simptom awal barah otak. Langsung tak pernah!. Cik Mat tak dapat menerima kenyataan. Sedih, pilu menyelubungi sanubarinya. Dia harus menerima kenyataan. Sudah berulang kali pemeriksaan tersebut dijalankan dan keputusannya tetap sama.

Melihat kesedihan Cik Mat, Doktor Azmi seolah-olah memberi harapan baru kepadanya. Doktor Azmi menasihatkan Cik Mat supaya mengunjungi sebuah spa yang ada menyediakan perkhidmatan mandi lumpur. Raut wajah Cik Mat berubah. Suasana muram bertukar menjadi harapan.

"Cik Mat mesti mandi lumpur 5 kali seminggu tau" kata Doktor Azmi. Cik Mat menyahut, "InsyaAllah doktor. Kalau saya mandi lumpur, nanti hilanglah sakit saya kan doktor?"

Doktor menjawab, "Tak lah. Mandi lumpur tu boleh buat Cik Mat biasa dengan tanah. Kan Cik Mat ada lebih kurang 7 minggu je lagi.."

~~~~~Kih2..Sekadar lawak....~~~~~

Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur (ali-Imran : 145)

Dr. Aidh al-Qarni dalam bukunya Sakaratul Maut menyatakan beberapa faktor yang mengingatkan seseorang kepada akhirat dan kematian.

Pertama, hendaklah kamu sering menziarahi kubur. Jangan sentiasa sibuk di pasar-pasar, di pameran-pameran, di istana-istana, di perayaan-perayaan, di taman-taman dan di rumah-rumah yang megah membuatkan kamu lalai daripada menziarahi kubur.

Seterusnya, membaca al-Quran sambil menghayatinya. Berusahalah menangis jika kamu tidak dapat menangis dengan tangisan sebenarnya.

Ketiga, berteman dengan orang-orang soleh. Ketika duduk bersama mereka, rahmat Allah SWT akan turun dari langit, jiwa menjadi tenang dan Allah akan meliputimu dengan keutamaan dari-Nya. Mereka akan mengingatkan kamu dengan kematian dan akhirat. Mereka tidak akan melengahkanmu daripada mengingati keduanya dengan pelbagai kegiatan yang sia-sia seperti yang dilakukan oleh orang-orang tidak soleh.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates