26 December 2010

Mari Berpantun!

6 comments
Terima kasih kepada Eefah dan Husniyah Bazlaa kerana menjemput seorang bakal cikgu Math untuk menjayakan kempen menutup aurat. Tak kisah kerjaya apa yang kamu pilih, selagi mana kamu masih Islam, wajib bagi kamu menutup aurat, baik lelaki mahupun perempuan. Semoga dengan penulisan yang tak seberapa ini menjadi saham yang berguna di akhirat kelak.




Maaf la, saya tak hebat macam kalian semua. Nak link pun tak reti. Aha.

Mari berpantun!

~Untukmu Lelaki~

Tersalah mengunyah, terkena ulser
Membuatkan diri rasa tak selesa
Tidur jangan hanya pakai 'boxer'
Takut tidur itu tidur selamanya

Makan ketupat dengan kuah lodeh
Lodeh dimasak oleh Pak Jebat
Nak main bola sepak itu boleh
Yang tak bolehnya mendedah aurat

~Untukmu Wanita~

Tangkap ikan tepi kuala
Di tangkap oleh si badan sasa
Rambut perang rebonding pula
Barulah dikatakan gadis semasa

Tamat pengajian balik ke kampung
Kecoh sekampung kononya ada pocong
Jeans ketat melekat dipunggung
Kasihannya dia, seksa ditanggung

Kiwi hijau rasanya kelat
Dijual oleh Pak Man Labis
Pakai baju jangan ketat-ketat
Jangn ditiru perangai artis

Malam ni final bola sepak
Malaysia bersemangat, Indonesia pula hebat
Berlengan pendek sampai nampak ketiak
Terbeliak mata jejaka melihat

Mencintai itu tak semestinya memiliki
Tengok saja realiti hari ini
Jangan digalak anak-anak jadi penyanyi
Takut-takut mak bapak pun dapat ‘royalti’

Berjalan laju ke sana ke sini
Memikirkan kehidupan selepas mati
Pelbagai jenis tudung hari ini
Tapi sayang, segelintirnya menyerupai Biarawati

Baju awak memang cantik
Harganya mencecah ratusan ringgit
Jangan sebab nak kelihatan cantik
Berbelanja sampai kekeringan duit

Semangat membara bagaikan api
Siang malam mencari rezeki
Rambut dan leher dah ditutup rapi
Tapi silapnya mendedahkan kaki

Azman mengembara sehingga ke Mukah
Ingin membongkar rahsia kuih pau
Bertudung sudah, labuhnya pun sudah
Tapi sayang, berwangian melampau

Anak Kiah jual perabut jati
Digilapnya perabut sehingga berkilat
Penampilan seperti muslimah sejati
Tapi sayang, tak jaga ikhtilat

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat (al-A'raf : 26)

Memetik sabda Rasulullah SAW, wanita itu aurat. Apabila mereka keluar, maka syaitan memperlihatkan keindahannya (Riwayat al-Tirmizi)

Katakan tidak pada seluar pendek. Katakan tidak pada baju ketat. Katakan tidak pada seluar ketat. Katakan tidak pada free hair. Katakan tidak pada tudung singkat. Katakan tidak pada tudung jarang. Katakan tidak pada UMNO. hihi..tibe2*

6 comments:

ilham izzat said...

wah..hebat2.blh join team pantun ni.
ape2 pon mmg bgune..

husniyah bazlaa said...

wah...terbaik! ustaz math berpantun agama~ okeh2...full mark la.

apa2 pun moga usaha yang kecil ini dipandang Allah.

terima kasih atas jayaan misinya..=)

Ameer said...

cih...xla..suke2 je...^_*

Khuzaimah said...

waaaaaaaaaaaaaw.
kalo ade butang like, ana tekan 8 kali untuk pantun2 ini..wawawaa

EEFFAH said...

alaaa..kalu zai 8, akak kasik lagi 8 kuasa 3
hehehe..
^^mabruk ameer!

Tieka Nadira said...

best pantunnya =)

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates