Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim (ali-Imran:102)
Takwa bererti takut atau memelihara. Saidina Ali pula berkata, "Takwa adalah takut kepada Tuhan al-Jalil, beramal dengan al-Quran yang diturunkan, reda dengan pemberian yang sedikit dan bersedia untuk hari akhirat."
Ibn Ataillah pula berkata, "Takwa itu ialah takwa zahir dan batin. Takwa zahir adalah dengan menjaga batasan syariat, dan batin adalah dengan niat dan ikhlas"
Takwa merupakan puncak segala kemuliaan. Takwa merupakan peringkat yang penting dalam melakukan kebaikan. Selari dengan pernyataan tersebut, Sufyan al-Thauri menyatakan bahawa takwa itu adalah kepala segala kebaikan.
Bagi mendapatkan takwa, Dr. Aidh al-Qarni menjelaskan dua faktor yang memainkan peranan penting bagi meraih ketakwaan kepada Allah SWT:
~Merasakan Allah SWT, Zat Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal senantiasa mengawasi dan memerhatikan kita.
~Melaksanakan ibadah-ibadah wajib dengan penuh taat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Talaq, ayat 2 dan 3,
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Orang yang bertakwa amat berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara kerana takut perlakuannya berbentuk maksiat. Apabila dia melakukan kesilapan walaupun sedikit cuma, dia menyesal dan bersungguh-sungguh memohon keampunan Allah SWT.
Takwa merupakan wasiat Allah SWT kepada seluruh makhlukNya dan wasiat Rasulullah SAW kepada umatnya. Ayuh. Merebut takwa...!
21 January 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment