Daripada Abdullah Ibn Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang kamu mati, maka dia akan ditunjukkan tempat tinggalnya pada waktu pagi dan petang. Dan jika ia dikalangan ahli syurga, maka dia ditunjukkan dikalangan ahli syurga. Dan jika dia di kalangan ahli neraka, maka dia ditunjukkan di kalangan ahli neraka~al-Bukhari
Mati itu pasti. Ia sudah ditentukan Allah SWT. Bersediakah kita menghadapi mati? Semua orang menginginkan syurga. Tetapi, amalannya tidak selari dengan impian yang diimpikan. Syurga itu indah dan perkara yang indah sukar dicapai dengan usaha yang tidak seberapa.
Ketika Sa'id al-Musayyab hampir kepada kematiannya, anak perempuannya menangis tetapi Sa'id berusaha untuk menenangkan puterinya yang sedang menangis itu: "Wahai puteriku, janganlah engkau menangisiku! Demi Allah, setiap kali azan dikumandangkan, sudah tentu aku berada di dalam Masjid Nabawi untuk menunggu solat berjemaah dan aku lakukannya selama 40 tahun"
al-A'masy Sulaiman bin Mahran, seorang perawi hadith terkemuka dalam al-Sunan al-Sittah, tatkala meninggal dunia, dia berkata kepada anak perempuannya: "Janganlah engkau menangis dan bersedih kerana aku akan meninggal dunia. Demi Allah, aku tidak pernah ketinggalan bertakbiratul ihram bersama imam dalam solat berjemaah selama 60 tahun"
Semoga terus istiqamah dalam melakukan perkara kebaikan.
10 January 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment