Berkata Imam al-Ghazali, tamak bererti menghendaki sesuatu yang mengandungi bahaya (paksaan). Tamakkan harta, bererti kita berhadapan dengan bahaya dari harta tersebut. Abu Hazim ketika ditanya mengenai harta, dia menjawab, Aku mempunyai dua harta. Pertama, kaya daripada apa yang ada di tangan manusia. Kedua, aku berputus asa dan tidak mengharap daripada tangan manusia.
Rasulullah SAW bersabda,
اياكم والطمع فإنه فقر حاضر
Janganlah kalian tamak, sebab ianya kefakiran yang abadi.
Fakir di sini bukan fakir harta, akan tetapi ianya adalah fakir hatinya. Jangan bersifat tamak. Bersederhana dalam segala hal. Makannya sederhana, tidurnya sederhana, percakapannya sederhana. Saidina Abu Bakar yang dah terjamin akan dia syurga pun zuhud terhadap dunia. Beliau pernah berlapar selama enam hari dan tidak mempunyai lebih daripada sehelai baju. Kita pula? Baju berderet dalam almari. Bila dah pakai baju cantik dan mahal sikit dari orang lain, timbullah perasaan ujub dalam diri. Kata Saidina Abu Bakar, apabila sifat ujub masuk ke dalam diri seseorang hamba kerana sesuatu perhiasan dunia maka Allah SWT akan memurkainya sehinggalah dia meninggalkan perhiasan tersebut. Tamak satu hal, ujub pula satu hal. Aishhh..!
Kata al-Hasan al-Basri,
فساد الدين الطمع وصلاح الدين الورع
Rosaknya agama kerana tamak dan baiknya dengan sifat warak.
Tamak adalah sebesar-besar kemusnahan jiwa..!
25 February 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment