29 March 2011

Sahabat

1 comments
Zu al-Nun al-Misri menyatakan sifat ikhlas dalam ukhuwwah sebagai:

"Bersahabatlah dengan orang yang apabila kamu sakit dia menziarahimu, apabila kamu melakukan dosa dia memintakan keampunan untukmu" Berkenaan nasihat-menasihati, Zu al-Nun al-Misri berkata, "Janganlah kamu bersama Allah SWT melainkan kamu mentaati-Nya, dan bersama makhluk dengan nasihat-menasihati"

Diriwayatkan bahawa Hatim bin Hayyan berkata kepada Uwais al-Qarni, "Hai Uwais al-Qarni, ziarahilah aku untuk bersilaturrahim" Jawab Uwais, Aku bersilaturrahim denganmu mengikut cara yang lebih bermanfaat, iaitu berdoa dari jauh. Ini kerana boleh jadi dengan berjumpa melahirkan perasaan riyak dan sekadar untuk bergurau senda.

Kata Saidina Ali r.a, Sejahat-jahat kawan ialah orang yang berkehendakkan kamu kepada penipuan dan mendatangkan kesusahan kepada kamu. Katanya lagi, seburuk-buruk sahabat adalah orang yang menyusahkan baginya..

Saya sayang kawan-kawan saya..!

1 comments:

IshraqHannan said...

Kata Saidina Ali r.a, Sejahat-jahat kawan ialah orang yang berkehendakkan kamu kepada penipuan dan mendatangkan kesusahan kepada kamu. Katanya lagi, seburuk-buruk sahabat adalah orang yang menyusahkan baginya... < urmm.. ape nk buat ble jmpe orng cmni? jauhi nyer?>.. sekdr bertnya....

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates