27 April 2011

Apa yang penting?? Istiqamah..

0 comments
أحب الأعمال إلى الله أدوامها وإن قل
Amal yang paling disukai Allah adalah yang paling kekal meskipun sedikit

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Masruq, ia mengatakan, Kami pernah bertanya kepada Aisyah r.a, amal apa yang paling disukai oleh Nabi saw? Maka ia menjawab, 'Yang kekal (berterusan)'

Juga dari Aisyah, ia mengatakan, Bahawa Nabi saw menemuinya dan ketika itu di hadapan beliau ada seorang perempuan. Lalu Rasulullah bertanya, 'Siapa ini?' Aisyah menjawab, Fulanah yang sedang menceritakan solatnya yang sangat banyak. Rasulullah menjawab, aduh, engkau lakukan apa yang kau mampu sahaja. Demi Allah, Allah tidak akan bosan sehingga kamu bosan.

Kata 'aduh' merupakan cemuhan terhadap sikap memberat-beratkan diri dalam beribadah, serta membebani diri di atas kemampuan yang dimiliki. Cukup bagi seseorang melakukan amal yang sedikit, akan tetapi ianya berterusan.

Ramai dalam kalangan kita yang terlalu 'lebat' dalam beribadah, dipaksanya sehingga terjadi kebosanan dan keletihan, lantas berhenti di tengah jalan. Sikit-sikit, kan lama-lama jadi bukit. Barangkali yang sikit dan berterusan, ia akan berkembang sehingga melebihi yang 'lebat' tapi terputus-putus berlipat kali ganda.

*peace*

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates