Pada suatu hari, salah seorang murid Wahab bin Munabbih bertanya kepadanya mengenai ciri-ciri agama, ia menjawab: 'Agama Islam mempunyai tiga ciri, iaitu iman, ilmu dan amal. Kemudian ia menjelaskan ketiga-tiga ciri tersebut secara terperinci.
Iman memiliki tiga aspek, beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab-kitab Allah dan beriman kepada Rasul-rasul Allah. Amal memiliki tiga aspek iaitu solat, zakat dan puasa. Dan ilmu memiliki tiga aspek iaitu mengenal Allah, mengetahui apa yang dicintai Allah dan mengetahui yang dibenciNya.
Itulah Wahab bin Munabbih, seorang ahli fiqh yang sufi dan imam bagi kaum muslimin. Cermat pemikirannya terhadap agama Allah swt. Dia kenyang dengan ilmu agama, tenggelam dalam beribadah kepada Allah dan sentiasa menyebarkan cahaya Ilahi kepada orang-orang sekitarnya.
Kehidupan tasawwuf tak menghalang kegiatannya dalam bidang keilmuan, begitu pula kesibukannya dalam bidang keilmuan tak melalaikannya untuk melaksanakan solat malam, berpuasa sunat, banyak berzikir kepada Allah dan beristighfar. Ilmu dan amal diselaras, antara kesibukan dalam keilmuan dengan kegiatan beribadah, antara merenung keagungan Allah dan membimbing orang ke jalan yang lurus.
Suka saya memetik kata beliau, ibadah bukanlah melaksanakan tasawwuf, tetapi ibadah adalah menepati syariat, serta kembali kepada fitrah dan akal. Tak ada pengabdian yang lebih disenangi Allah kecuali dengan akal dan akal hanya sempurna bila di dalamnya terdapat 10 perkara. Antara 10 perkara tersebut ialah ia tak pernah bosan dalam menuntut ilmu sepanjang hidupnya dan ia tak pernah jemu dalam mencari kebaikan.
29 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment