al-Imam al-Syafi'i ditanya keadaannya, lantas beliau berkata: Seseorang itu dituntut lapan perkara bermula dari waktu pagi. Ia adalah:
Mengamalkan isi kandungan al-Quran
Macam mana nak amal, kalau sendiri baca, sendiri tak faham. Baca, faham dan amal.
'Kitab yang diberkati yang Kami turunkannya kepada engkau (Muhammad) agar mereka mentadabbur ayat-ayat-Nya dan agar mendapat pengajaran oleh orang yang mempunyai fikiran' (Surah Sad : 29)
Sabda Nabi SAW:
اقرأوا القران فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه
Bacalah al-quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuanya (riwayat Muslim)
Mengikuti sunnah Nabi SAW
لقد تركت فيكم امرين لن تضلوا ما إن تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسوله
Sesuhngguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara, tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulnya~Riwayat Malik
Terlalu banyak sunnah yang ditinggalkan Rasulullah. Salah satunya adalah membaca doa ketika hujan turun. Mudah, dan keran terlalu mudahlah ramai orang yang mengabaikannya.
اللهم صيبا نافعا
'Ya Allah, cucurilah kami dengan hujan manfaat'~riwayat al-Bukhari serta Fath al-Bari
Ramai orang belajar teori. Tapi tak ramai yang mengaplikasikannya. Kesannya, cakap lebat jelah yop!
Memelihara nafsu syahwatnya
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut dan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan) surah al-Ahzab : 32
Ibn Kathir berkata, Allah memerintahkan agar percakapan lelaki dan wanita ketika berhubung dengan tegas, jelas dan sopan, iaitu ringkas tanpa ada maksud lain. Tidak boleh bercakap dengan suara yang menggoda, manja dan lembut. Perbuatan ini dilarang syarak.
Syeikh Muhammad Soleh 'Uthaimin r.h berkata, tak dibenarkan hubungan percintaan antara lelaki dan perempuan. Jika lelaki itu ingin mengahwininya, berjumpalah dengan walinya. Begitu juga jika seorang perempuan ingin mengahwini seorang lelaki, maka beritahulah walinya.
Mengingkari syaitan
Tak nak cakap banyak, yang penting, lawan tetap lawan!
Surah al-Israa : 27
Memelihara keluarganya dengan memakan makanan yang halal
Menjaga perut dari menerima makanan yang haram, salah satu daripada empat syarat yang dikemukakan oleh Ibn 'Ata' agar doa yang dipohon diterima.
Mengendalikan hawa nafsunya
Kendalikan hawa nafsu, jangan biar nafsu yang mengendali kita.
Sabda Rasulullah SAW, orang yang cerdik adalah yang sentiasa muhasabah dirinya dan membuat bekalan amalan untuk selepas mati, dan orang yang bodoh ialah yang mengikut hawa nafsu dirinya dan bercita-cita kepada Allah dengan pelbagai cita-cita tanpa usaha
Elakkan pembaziran masa
Jangan membazir masa. Kata Ibn 'Abbad, membazir masa merupakan salah satu tanda kebodohan seseorang. Isi ia sebaiknya.
Sabda Rasulullah SAW,
نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ
Dua nikmat yang terpedaya oleh kebanyakan manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang
Bersedia dengan kematian
Mati itu pasti, sedang hidup itu belum pasti. Get ready!
18 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment