14 May 2011

Penyakit Hati

0 comments


Untuk menjaga keselamatan hati dari pelbagai penyakit hati, Muhammad ibnu Wasi’ berkata, ada empat perkara yang dapat mematikan hati. Pertama, berbuat dosa atas dosa yang lain, bergaul dengan orang yang hatinya mati, sering bertengkar kerana wanita dan membicarakan wanita dan bergurau dengan orang bodoh.

Semua orang melakukan dosa. Semua orang. Akan tetapi, yang membezakannya adalah yang segera bertaubat kepada Allah SWT. Imam al-Ghazali mendefinisikan taubat dalam kitab Minhaj al-'Abidin sebagai pembersihan dan penyucian hati daripada dosa.

Kita hendaklah bijak dalam memilih sahabat. Sahabat yang baik, sudah tentu percakapannya juga baik. Nabi s.a.w. bersabda menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud & al-Tirmizi. Nabi s.a.w telah bersabda:

المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
Seseorang itu mengikut agama temannya. Maka hendaklah seseorang kamu melihat siapakah yang menjadi temannya

Sabdanya lagi,

لا تكثر من الضحك فإن كثرة الضحك تميت القلوب
Janganlah ketawa berlebihan, kerana ketawa berlebihan akan mematikan hati.

Hari ini, seperti sudah menjadi kebiasaan, setiap detik yang dilalui, perbicaraan antara rakan sekeliling mengenai wanita. Hal cinta, kecantikan, 'usya mengusya' dan macam-macam lagi. Bukankah Rasulullah saw sudah bersabda,

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah y paling dahsyat atas pemuda melainkan fitnah wanita

Kata Ibn Abbad pula, tanda kebodohan itu pelbagai. Salah satunya adalah melebihkan dunia daripada akhirat. Ketika Ibn Mas'ud r.a membaca ayat 16-17, surah al-‘aala,



seraya dia berkata kepada sahabatnya, adakah kamu tahu kenapa kita melebihkan dunia daripada akhirat? Mereka menjawab, tidak. Lantas Ibn Mas'ud r.a berkata, kerana dunia disegerakan kepada kita dengan makanan, minuman, wanita, kelazatan dan juga keceriannya sedangkan akhirat itu ghaib dan tiada pada kita sekarang. Justeru kita amat suka yang segera dan meninggalkan yang bertangguh.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates