10 May 2011
Zikir makanan hati orang beriman
Wahai orang yang beriman! Ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya (al-Ahzab:41)
Sabda Rasulullah SAW,
مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكر ربه مثل الحي والميت
Perumpamaan orang yang menyebut (nama) Tuhannya dengan orang yang tidak menyebut (nama) Tuhannya umpama orang hidup dengan orang mati
Daripada Abdullah bin Busr r.a bahawa seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, syariat (tuntutan) Islam telah banyak ke atas saya, maka khabarkanlah kepada saya sesuatu yang boleh saya berpegang kepadanya.
Sabda Nabi SAW,
لا يزال لسانك رطبا من ذكر الله
Sentiasalah basahi lidahmu dengan menyebut nama Allah
Imam Nawawi rahimahullah berkata, hendaknya orang yang berzikir berada dalam dalam keadaan sempurna. Jika sedang duduk untuk berdoa, maka hendaknya dia menghadap kiblat, duduk dengan khusyuk, merendah, tenang, dan kepala menunduk. Apabila seseorang berzikir tidak dalam keadaan di atas maka dibolehkan, namun dia telah meninggalkan keutamaan.
Imam Fakhrur Razi rahimahullah berkata, yang dimaksudkan dengan zikir lisan adalah lafaz-lafaz yang menunjukkan tasbih, tahmid dan pengagungan Allah. Zikir hati adalah merenung bukti-bukti keberadaan Zat dan sifat-sifat (Allah) serta dalil-dalil yang mengandungi perintah dan laranganNya, agar seorang hamba memahami hukum-hukum Allah dan rahsia ciptaan Allah. Zikir anggota badan adalah apabila ia tenggelam (tekun) dalam ketaatan kepada Allah.
Zikir, jalan perwalian Allah. Siapa yang melakukannya, dia akan berhubungan dengan Allah. Jika sebaliknya, maka dia kian jauh daripadaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
mintak izin share ye tuan tanah.
Post a Comment