06 June 2011

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

0 comments
Khairuddin Wanili berkata, Sesungguhnya madrasah paling tepat untuk mengajarkan solat adalah masjid. Oleh sebab itu ada beberapa sahabat yang sengaja menggantungkan tangkai kurma di masjid supaya anak-anak dapat mengambil dan makan kurma tersebut. Dengan demikian, anak-anak itu suka datang ke masjid untuk menimba Islam dari sumbernya.

Adapaun hadis yang berbunyi, jauhkanlah masjid-masjid kamu dari anak-anak kecil dan orang-orang gila, adalah dhaif yang menurut kesepakatan para ulama dan tidak boleh digunakan sebagai hujah. Antara yang menganggap hadis tersebut daif adalah Ibn al-Jauzi, al-Haitsami dan Abdul Haq al-Asybili berkata, hadis ini tidak ada dasarnya.

Sebuah hadis sahih menyebutkan bahawa Nabi saw pernah mengajak cucu-cucunya, lelaki atau perempuan, ke masjid. Husain bin Ali pernah naik ke punggung Nabi saw. Kerana waktu itu sedang solat, maka Baginda agak lama bersujud sampai anak itu merasa puas dan selesai dari bermainnya.

Tetapi ingat, dosa tindakan kanak-kanak ditanggung oleh wali anak itu. Hal ini dinyatakan oleh Dr. Fuad Mukhaimir Rahimahullah. Oleh yang demikian, wali hendaklah mendidik anak-anak supaya tidak bermain-main serta mengotori masjid, sehingga anak faham bahawa masjid adalah tempat yang harus dihormati.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didik dan ajak anak-anak yang masih kecil ke masjid, supaya bila ia sudah meningkat usia remaja, hatinya senantiasa bergantung di masjid dan solat berjemaah menjadi keutamaanya.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates