Ibarat bateri, solat itu merupakan pengisian ulang yang dapat mengembalikan semangat dan ghairah seorang mukmin. Dengan semangat itu, ia akan selalu taat melakukan perintah Allah swt yang lain. Pengisian ini mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, maka ia akan lemah, tak dapat memberi kekuatan bagi tubuh untuk beraktiviti, menjunjung segala perintah Allah swt dan menjauhi segala laranganNya.
Sedar atau tidak, dalam solat itu sendiri terkandung kesemua rukun Islam. Pertamanya, dalam solat terdapat ucapan kalimah syahadah, iaitu rukun Islam yang pertama. Dalam pelaksanaan solat juga terdapat pelaksanaan zakat. Zakat merupakan harta yang diberikan kepada orang yang memerlukannya. Dengan kata lain, zakat adalah mengorbankan sebahagian harta. Salah satu pengertian harta secara umum adalah waktu. Bukankah dengan waktu yang diluangkan untuk bekerja akan menghasilakn harta? Secara tak langsung, dalam solat terdapat juga pengorbanan terhadap harta.
Demikian juga dengan puasa. Puasa pada hakikatnya bererti menahan keinginan perut dan faraj (kemaluan) pada waktu siang di bulan Ramadhan. Sedangkan dalam solat, kita bukan hanya diminta menahan kemahuan perut dan faraj, malah kita disuruh untuk tidak bergerak-gerak, berbicara dan melakukan apa sahaja perkara yang membatalkan solat.
Dalam pelaksanaan solat, terdapat juga makna mendatangi dan menghadap Baitul Haram. Seseorang wajib menghadirkan Kaabah dalam hatinya bagi memperoleh khusyuk dalam solat. Inilah yang dimaksudkan dengan melakukan haji dengan hati.
Solat, ole-ole istimewa dari insan mulia dengan perjalanan yang sangat jauh. Seolah-olah Nabi saw tidak ingin kembali dari perjalan Isra’ dan Mi’rajnya tanpa membawa sebarang ole-ole yang paling berharga buat umatnya yang disayangi. ole-ole tersebut adalah solat, buah tangan yang diamanahkan Allah sebagai hasil perjumpaannya dengan Tuhannya.
27 June 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment