23 July 2011

Aku Rindu

4 comments
Itu semua dulu...

Dulu..Dia lah juara di meja makan..
Penggemar asam pedas masakan isteri tersayang..
Gigih mengerah keringat demi tanggungjawab yang diamanahkan..
Hatinya kental dalam melayari bahtera kehidupan..

Tapi kini..

Dia semakin 'layu' dimamah usia..
Angka 50 itu hanyalah pinjaman yang diberikan..
Hari yang dilalui jauh berbeza..
Jauh berbeza..
Benar, sihat lawannya sakit..
Allah jualah yang mengerti segala-galanya..

Aku perlu menjalankan tugas sebagai penyambung warisan..
Aku tak punya harta setinggi gunung untuk diberikan..
Aku hanya mampu menjenguk mereka selagi yang terdaya..
262km dari Bangi ke Pontian..
RM120++ hanya sekadar angka..
Angka yang tiada erti jika nak dibandingkan kasih sayang yang diberikan..
Amanah jangan dipersiakan..
Sesekali jangan!

Ayah..anakmu ini amat merindui Ayah yang dulu..
Ayah yang sihat, kuat bekerja seperti badang..
Aku tahu, umurmu kian meningkat..
Semakin dekat....semakin dekat....

Hatiku tersentuh melihat fizikalmu tika ini..
Berbeza! Berbeza!
Alhamdulillah..Ayah tetap tabah..
Alhamdulillah..Ayah tak sakit teruk macam orang lain..
Masih boleh berjalan, berbual-bual, buat kerja-kerja ringan..
Cuma belum sihat sepenuhnya..

Ayah....

لا بأس طهور إن شاء الله
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah~Riwayat al-Bukhari serta Fath al-Bari (10/118)

4 comments:

dieba said...

smoga sentiasa tabah...
إن الله معنا.....

KhujeymaH said...

xada harta yang mampu menandingi kasih mak ayah.
moga sentiasa berlapang dada..
moga beliau sembuh seperti sediakala juga.ameen.

Tieka Nadira said...

asam pedas terbaik..
kasih mak ayah paling terbaik.. =)

jadilah penyambong warisan yang terbaik..

EEFFAH said...

syafakallah
semoga ayah diberi kesembuhan oleh ALlah

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates