Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s menemui tiga golongan 'ubbad (ahli ibadat), iaitu:
- Golongan yang beribadah kerana takut kepada neraka dan azab
- Golongan yang beribadah kerana hendak masuk syurga
- Golongan yang beribadah kerana kasih kepada Allah semata-mata
Kemudian, Baginda a.s bersabda kepada golongan pertama dan kedua:
مخلوقا خفتم، ومخلوقا أحببتم
Makhluklah yang kamu takut. Makhluklah yang kamu sukai dan ingini.
Seterusnya, baginda a.s memuji golongan yang ketiga dengan sabdanya:
أنتم المقربون. أنتم أولياء الله حقا
Kamulah golongan yang benar-benar didekatkan oleh Allah kepadaNya. Kamulah para wali Allah sebenarnya.
Sufyan ats-Tsauri rhm. pernah bertanya kepada Rabi'ah al-'Adawiyyah rahimahallah: Setiap hamba mempunyai syarat, dan setiap iman mempunyai hakikat. Apakah hakikat iman kamu? Jawabnya, aku tak beribadat kepada Allah swt kerana takutkan neraka. Jika demikian, jadilah aku seperti hamba yang berhajat, yang jika takut, dia akan beramal. Aku juga tak beribadat kerana mahukan syurga. Jika demikian, jadilah aku seperti pekerja yang jahat, yang jika diberi upah, barulah dia bekerja. Tetapi aku beribadat kepada Allah swt, kerana cinta dan rindu kepadaNya.
19 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment