Diriwayatkan daripada Abu Zar Jundub bin Junadah r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
اتق الله حيثما كنت، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن
Bertakwalah kepada Allah di mana jua kamu berada. Lakukanlah kebaikan selepas kejahatan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskannya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, at-Tirmizi dan lain-lain. Menurut at-Tirmizi, hadis ini hasan, atau hasan sahih)
Secara umumnya, hadis ini mengandungi 3 hak yang amat penting iaitu:
- Hak Allah
- Hak mukallaf
- Hak hamba
Hak Allah adalah takwa, hak mukallaf adalah menghapuskan kejahatan yang telah dilakukan dan hak hamba adalah elok pergaulan sesama manusia dalam bermasyarakat. Takwa, ianya tak terhad kepada hak Allah swt, malah ia meliputi hak sesama manusia. Orang yang bertakwa adalah orang yang dapat mengiakan makna dan tuntutan takwa itu sendiri.
Kata Saidina Ali r.a, takwa adalah takut kepada Tuhan al-Jalil, beramal dengan al-Quran, reda dengan pemberian sedikit, bersedia untuk hari akhirat.
16 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment