16 August 2011

al-Quran tetap di hati

1 comments

من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها لا أقول ألم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak kata bahawa Alif Lam Mim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf~Riwayat al-Tirmizi

Rasulullah saw pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu, Siapa kamu?

Jawab makhluk tadi, 'Kamu tak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada malam hari.' Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu adalah al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawa bertemunya Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan itu sahaja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah perintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.

Terkejutlah si ayah dan ibunya sambil berkata, 'Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini? Jawabnya, kerana anakmu telah mempelajari dan membaca al-Quran.

~~Sungguh, aku rindukan Ramadhan bersama dia..al-Fatihah~~

1 comments:

mieza said...

kalau tak silap, alquran adalah mukjizat terbesar yg di beri kpd nabi muhammad
maaf jika salah ye

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates