27 August 2011

Selamat Hari Raya

2 comments


Dalam al-Fiqh al-Manhaji,

Perkataan 'Id (عيد) berasal daripada 'aud (عود), bererti ulangan. Ini kerana sama ada hari raya itu berulang pada setiap tahun atau kegembiraannya berulang setiap kali menjelang hari raya, atau banyak nikmat Allah SWT dikurniakan kepada hamba-hambaNya pada hari raya tersebut.

Bergembira, tapi tetap ada batasannya. Kita hidup bersyariat, ada panduan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Harap-harap, Ramadhan kali ini benar-benar menjadi medan tarbiah bagi kita semua. Tarbiah ini sangat hebat. Menuju taqwa, sememangnya.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

الصيام جنة
Puasa itu sebagai perisai~Riwayat Ahmad dan al-Nasaie

Ibn Abd al-Bar berpendapat, ia sebagai pelindung dan perisai daripada api neraka. Qadhi Iyadh pula berpendapat, pelindung daripada sebarang dosa.

30 hari berpuasa, sepatutnya jiwa sudah terdidik untuk mengiakan sabda Rasulullah SAW. Hebat bukan tarbiah Ramadhan? Tapi pelik juga ya, masih ramai yang tak dapat memaknakan hadis di atas. Ramai juga yang masih tak menutup aurat. Ramai. Islam dan bukan Islam hari ini seperti sudah tidak dapat dibezakan lagi dengan pemakaiannya. Ah, sakit mata memandang, sakit puasa, rosak puasa, kurang pahala.

Raya makin dekat. Ayuh, faham dan amal adab berhari raya. Mandi, pakai bau-bauan dan berbaju baru. Awas, bagi yang tak berkemampuan, ukur baju di badan sendiri. Badannya bersaiz M, jangan berangan nak pakai baju bersaiz XL.

Segera ke masjid, dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir RA, katanya:

كان النبى صلى الله عليه وسلم إذا كان يوم عيد خالف الطريق
Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya~riwayat al-Bukhari

Bertakbir. Lafaz dengan suara yang nyaring, sama ada di rumah, di jalan, di masjid dan di tempat-tempat awam.

وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur~al-Baqarah : 185

Lafaz takbir yang paling afdhal:

الله أكبر الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد


*Tahun ni, raya tak berayah lah...huhu*

2 comments:

zulhelmi said...

stay strong bro. walaupun raya tak berayah. selamat hari raya maaf zahir batin.

IshraqHannan said...

assalamualaikum... selamat hari raya aidilfitri, minal aidil wal faizin....

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates