12 October 2011

Mari Bersyukur

0 comments
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : Tiap-tiap sendi manusia itu atasnya sedekah pada tiap-tiap hari yang terbit padanya matahari, iaitu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Dan menolong lelaki (naik) atas binatangnya lalu dibawanya atasnya atau mengangkat barangnya adalah sedekah. Dan perkataan yang baik pun adalah sedekah. Dan tiap-tiap langkah yang ia melangkah menuju solat adalah sedekah, dan menghilangkan bahaya daripada jalan raya adalah sedekah.

Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata, maksud hadis ini adalah susun atur atau kesejahteraan tulang-tulang ini merupakan salah satu dari nikmat-nikmat terbesar yang Allah SWT kerniakan kepada hamba-Nya. Oleh itu setiap tulang itu perlu kepada satu sedekah yang dilakukan oleh manusia untuknya sebagai tanda syukur atas nikmat ini.

Diriwayatkan daripada Yunus bin 'Ubaid bahawa seorang lelaki mengadu kepada beliau tentang kesempitan hidup yang dialaminya. Lalu Yunus berkata, Adakah kamu suka mata yang digunakan untuk melihat itu diganti dengan 100 ribu dirham? Lelaki itu menjawab, tidak. Beliau bertanya lagi, Tanganmu diganti dengan 100 ribu dirham? Dia menjawab, tidak. Beliau bertanya lagi, Dua kaki kamu? Dia menjawab, tidak. Perawi berkata, Yunus terus mengingatkan lelaki itu tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepadanya. Lalu beliau berkata, saya lihat padamu nikmat-nikmat yang harganya beratus-ratus ribu dirham, sedang kamu masih lagi mengadu tentang kesusahan kamu?

Mari bersyukur! Kata Syeikh Muhammad 'Abduh, syukur itu apabila seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat-nikmat itu dan menggunakannya sebaik mungkin.



وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

 
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras (Ibrahim : 7)

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates