Imam Abu Nasr as Samarqandi r.a bercerita :
Malik bin Dinar pada waktu sakit yang membawa kematiannya pernah ditanya :
Apakah anda ingin sesuatu?
"Ya! Sejak 30 tahun yang lalu aku ingin secawan madu dan susu campur roti hawari"
Maka pelayannya membuat minuman dan makanan tersebut. Setelah itu, dihidangkannya kepada Malik bin Dinar. Apabila terhidang, dia menatap makanan itu sambil berkata :
"Wahai diri! Engkau telah menahan dan sabar selama 30 tahun menahan keinginan. Sekarang hanya tinggal sesaat lagi, bersabarlah"
Dibiarkan hidangan itu begitu saja..
Ya Allah, sejak dua menjak ni, semakin kerap memikir soal jodoh. Benar, fitrah. Tapi, apa yang aku lihat hari ini bukan lagi fitrah, tapi sudah menjadi fitnah. Jodoh itu ketentuan Ilahi. Bila melihat rakan sekeliling sudah berpunya, aku pun turut menginginkannya. Khairul Azmeer, jadi seperti Malik bin Dinar! Kamu kena kuat!
Tipu lah kalau aku kata aku tak pernah berkenan kat sesiapa. Ada. Tapi, mereka sudah berpunya. Bersangka baik, itu pengubatnya. Dia bukan jodohku, bermakna dia telah menerima insan yang jauh lebih baik daripadaku.
Sedih, melihat rakan-rakan yang hanyut dalam percintaan tanpa batasan. Ramai orang hebat, jatuh tersungkur kerana perempuan.
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah y paling dahsyat atas pemuda melainkan fitnah wanita
~Rela mengundur diri melihat kebahagiaan si dia~
21 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ingatan untuk saya dan kamu;
“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”
Dan kuncinya adalah sabar…
sehinggalah Allah menemukan kita dengan si dia…
Dan apabila tiba masanya ( insyaallah ia akan tiba!)…
ketika itulah kesabaran itu perlu berganda-ganda tingginya!
terkadang prosesnya lambat, leceh dan merumitkan..
terkadang juga kita mendapat jawapan yang kabur dan tak pasti..
jadi ke tak jadi..
cepat ke lambat..
dan pelbagai lagi..
Apsal tetiba ada orang lain kcau pula…
menyebabkan kita akan tergopoh-gapah, tersadung, dan mengikuti bisikan hati yang mungkin tak patut diikuti pun..
dan disitulah letaknya kesabaran yang tinggi…
**
Jangan gusar..
Jangan resah..
bila segalanya disandarkan buat Allah..
hati ini milik Allah..
sekejap mencintai..
Sebentar juga terus membenci..
Walau sekuat mana usaha dan daya kita..
jika takdir Allah tidak mengkehendaki, tentu Allah takkan berikan pada kita..
Tapi jika takdirnya termaktub, sebesar mana usaha kita,
takkan dapat menolak ketentuannya itu..
Yakinlah pada takdir Allah dan kebaikan yang diberikanNya buat kita…
Bila mana satu perkara ditakdirkan berlaku buat kita, pasti akan berlaku..
Bersandarlah pada Allah kerana di situ kau akan merasai ketenangan yang sangat bermakna bagi dirimu
**maaf. terpanjang. macam buat entri baru pula di sini ;)
tak pe..perkongsian yang sangat menarik..syukran..masalah hati..semuanya ketentuan Ilahi. Siapa kita untuk menidakkan takdir. Redha, percaya, pengubat bagi hati. Allah segala-galanya..:)
Post a Comment