31 October 2011

Yang Beragama dan Berakhlak Mulia

0 comments
Yang bermaksud beragama adalah kefahaman yang hakiki kepada Islam, dan pelaksanaan amali secara praktikal. Cakap, buat. Jangan cakap bergegar sana-sini, tapi pelaksaannya zero. Bila seseorang faham apa itu Islam, kemudian mempraktikkannya dalam kehidupan seharian, barulah seseorang itu 'beragama' dan memiliki akhlak Islam yang mulia.

Apa kaitannya?

al-Bukhari dan Muslim dan selain mereka meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :

تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاكَ

Seorang itu dinikahi kerana empat sebab : Kerana hartanya, keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamananya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik.

Pilihan terbaik. Ya, yang beragama itu yang terbaik. Awas, baik lurannya memang ramai. Yang bermuka-muka pun ramai. Ramai juga yang menjadi 'syeikh' dalam Facebook, statusnya berapi-api, sedang akhlak sebenarnya zero. Maaf, agak emosi. Cuma, pelik. Ilmu bukan tak ada, ada, tapi tak dilaksana. Bercampur gaul lelaki perempuan, duduk lelaki perempuan bersebelahan. Apa ni? Maaf, sekali lagi.

Jangan terlalu cepat menilai orang dari zahirnya. Jangan.

Lihat Khalifah yang adil, Umar al-Khattab r.a ketika dia menentukan ukuran yang benar untuk mengenal seseorang manusia, atau untuk melahirkan hakikat-hakikat seseorang manusia, iaitu apabila datang kepadanya seorang lelaki untuk menjadi saksi bagi seorang yang lain.

Umar al-Khattab : Benarkah, engkau kenal orang itu?

Orang itu : Benar.

Umar al-Khattab : Apakah engkau jirannya yang tahu keluar masuknya?

Orang itu : Tidak.

Umar al-Khattab : Pernahkah engkau menemaninya dalam pelayaran, sehingga engkau tahu
sesuatu dari ketinggian budipekertinya?

Orang itu : Tidak.

Umar al-Khattab : Pernahkah engkau bermuamalah dengan wang ringgit, sehingga engkau
tahu tentang wara' orang ini?

Orang itu : Tidak.

Umar al-Khattab : (dengan suara yang keras) Barangkali engkau melihatnya solat tonggang tonggek di dalam masjid, sekali mengangkatkan kepalanya dan sekali lagi menundukkan kepalanya?

Orang itu : Benar.

Umar al-Khattab : Pergilah dari sini, engkau tak kenal orang ini.

Kemudian Umar al-Khattab menoleh kepada orang yang disaksikan itu, seraya berkata kepadanya : Pergilah cari orang yang tahu benar-benar akan dirimu untuk menjadi saksimu!

Nah, hati-hati. Sebab itu, dalam perkahwinan, pentingnya orang tengah. InsyaAllah, aku akan berpegang dalam prinsip ini. Orang tengah yang amanah, adil, dan mengenali si dia, bakal isteriku.

Ingat, yang beragama dan berakhlak mulia, bukan HANYA ada pada ustazah. TESL mungkin, orang Matematik, mungkin. Orang yang soleh dan solehah, tak semestinya yang dari kalangan Pengajian Agama, akan tetapi yang baik hubungannya dengan Allah dan sesama manusia.

الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة
Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasannya ialah wanita yang shalihah (isteri)~riwayat Muslim.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates