21 November 2011

Pilih

0 comments
Umar al-Khattab r.a telah menjawab soalan seorang anak, apabila dia bertanya : Apa dia hak seorang anak yang wajib atas ayahnya? Maka beliau menjawab : Hendaklah dia memilih ibunya dari yang baik, memperelok namanya dan mengajarnya al-Quran.

‘Pilih ibu dari yang baik’

Ibnu Adiy telah meriwayatkan di dalam kitab al-Kamil marfu’, bahawa Nabi saw telah bersabda :

تزوجوا فى الحجر الصالح فإن العرق دساس

Kahwinilah golongan orang salih, sebab urat itu mempengaruhi

Keturunan yang baik, asal-usulnya mulia dan datuk-neneknya dihormati, mempengaruhi peribadi anak-anak yang dilahirkan.

Lihat, ketika Saidina Umar al-Khattab menjadi Amir al-Mu’minin, beliau sangat rajin turun padang menjenguk keadaan dan permasalahan rakyat. Pada suatu malam, beliau turun untuk memerhati rakyatnya dan secara kebetulan beliau mendengar perbualan dua beranak, iaitu antara anak dan ibunya. Ketika berbicara tentang kuantiti susu yang sedikit ini untuk dijadikan sebagai barang jualan, ibunya menyarankan agar susu tersebut dicampurkan dengan air supaya kelihatan lebih banyak. Tetapi anaknya enggan seraya berkata bahawa Tuhan Amir al-Mu’minin mengetahui sekalipun Amir al-Mu’minin tidak mengetahui. Daripada kata-kata keramat inilah, Saidina Umar telah mengambil prihatin dan menawarkan kepada anak-anaknya untuk berkahwin dengan gadis tersebut. Kata Umar, ‘Kahwinilah dengan perempuan tersebut. Demi Allah! Akan lahir daripadanya seorang pemimpin yang akan mengetuai bangsa Arab’

Akhirnya, Asim yang ketika itu masih bujang sanggup mengahwini gadis tersebut dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Daripada anak perempuan tersebutlah, maka lahirnya Umar Ibn Abdul Aziz.

Umar Ibn Abdul Aziz

Siapa yang tidak mengenali pemimpin hebat ini? Zuhud lagi adil. Meremang bulu roma membaca kisahnya. Amanah, sehingga jika ada mana-mana pegawai yang datang menemuinya dan berbual mengenai hal ehwal peribadi khalifah, nescaya beliau serta merta memadamkan lilin yang dibekal oleh pihak kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Perbelanjaan hariannya tidak melebihi 2 dirham. Ini pemimpin yang adil. Bukan pemimpin yang hanya menggula-gulakan rakyatnya.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates