23 November 2011

Hati-hati

1 comments
Ada ruang boleh dibuka, tetapi tetap ada batasannya. Biar ianya berada di bawah kawalan. Maaf dipohon bagi semua rakan Facebook kerana account lama telah di'delete'. Semuanya bersebab.

Account baru sudah lama berada di ruang alam maya. Account yang meminimumkan jumlah rakan, terutamanya insan yang bergelar perempuan. Bukan hendak menunjuk baik, bukan juga terlalu syadid. Semuanya bersebab.

Jika kamu hendak merasakan kelazatan beribadah, minimunkan perbuatan sia-sia yang kerap dilakukan. Salah satunya, Facebook. Saya yakin, kalian boleh berfikir yang mana satu perkara kebaikan dan yang mana perkara keburukan. Tak berani nak bercakap lebat, takut-takut diri sendiri pun melakukan perkara sedemikian.

Take note!

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (7:16)

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ
  
Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur (7:17)

Dari mata, turun ke hati. Dari melihat gambar rakan berlawan jantina, takut-takut perkara lain yang terjadi. Under control. Membalas komen, bertanya khabar, semuanya perlu di bawah kawalan.

Bagi yang terkecil hati, kemaafan dipohon. Tidak berkawan dalam dunia maya, tidak semestinya kita terputus hubungan.

Diriwayatkan bahawa Hatim bin Hayyan berkata kepada Uwais al-Qarni, "Hai Uwais al-Qarni, ziarahilah aku untuk bersilaturrahim" Jawab Uwais, Aku bersilaturrahim denganmu mengikut cara yang lebih bermanfaat, iaitu berdoa dari jauh. Ini kerana boleh jadi dengan berjumpa melahirkan perasaan riyak dan sekadar untuk bergurau senda.

1 comments:

EEFFAH said...

Agama mengajar kita mencegah sebelum terkena/terngadah.
Ayat Allah yang selalu diqiaskan dengan keadaan ini adalah dari Surah Al-Isra’:32.
Ibrah uslub berakhlak di sini adalah kita menjauhi segala bentuk ruang yang mampu membawa kita kepada keburukan dan bukan terhenti setakat tidak melakukan keburukan itu.

jzkk.

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates