03 December 2011

Onani? Euuwww

0 comments
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya

إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela

فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas

Onani. Tabiat buruk yang sudah menjadi trend anak muda zaman sekarang. Banyak punca yang menyumbang kepada kelazatan melakukan perbuatan tersebut. Fesyen wanita yang mengghairah, gambar mahupun video seks yang mudah diperolehi, hanya berbekal talian internet mahupun video cd. Fesyen artis, lagilah!

Hanya kerana ingin memuaskan syahwat yang 'dibangun' berpunca daripada elemen-elemen yang telah disebutkan, seseorang akan memlilih salah satu daripada dua jalan, iaitu sama ada dia memuaskan syahwat pada pada yang haram atau dia meringankan tekanan seks dengan cara beronani (melancap)

Bahaya! Sangat bahaya. Bahaya pada jasmani, bahaya kepada seks itu sendiri dan bahaya kepada kejiwaan dan pemikiran. Senang cerita, onani memberi 1001 kesan negatif dalam kehidupan seseorang. Menggeletar pada tangan dan kaki, lemah syahwat, melemahkan proses mengingat bagi seseorang. Hebat, bukan?

Orang yang beronani sudah semestinya tergolong dalam kalagan firman Allah SWT dalam surah al-Mu'minun, ayat 7.

maka merekalah orang-orang yang melampaui batas

Kata Said bin Jubair, dan beliau adalah dari para tabi'in yang terulung : Allah telah menyiksa suatu umat yang suka bermain-main dengan kemaluan mereka.

Dan telah sabit daripada 'Atha', dan beliau dari teman Ibn Abbas r.a, bahawasanya beliau berkata : Saya dengar ada suatu kaum akan dibangkitkan di hari mahsyar, sedang tangannya bunting, aku menjangka mereka itulah, yakni orang-orang yang beronani dengan tangannya.

Jangan risau, ada penawar untuk menjauhi tabiat buruk ini.

Berkahwin pada usia muda

Sudah tentu, ia ubat paling mujarab bagi menghidar diri daripada tekanan syahwat yang berkobar-kobar itu. Ia dapat mencabut kebiasaan yang membinasakan itu.

Puasa sunat

Jika terdapat kekangan yang membolehkan seseorang berkahwin pada usia yang muda, puasa sunat alternatifnya. Ini kerana dengan berpuasa, ia dapat mengurang nafsu berahi, mematahkan kehendak semula jadi dan menguatkan penjagaan diri terhadap batasan-batasan Allah serta memadu perasaan takut kepadaNya. Sabda Rasulullah SAW :

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Wahai kumpulan pemuda! Barangsiapa yang mampu di antara kamu perbelanjaan perkahwinan, hendaklah dia berkahwin. Sebab ia akan menjaga pandangan dan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana yang demikian itu dapat mengekang nafsu

Meninggalkan diri dari hal-hal yang menimbulkan nafsu berahi

Jauhkan diri dari melihat perkara dilarang Allah. Jaga pandangan mata. Jaga mata daripada melihat wanita berfesyen seksi.

Teman yang soleh

Cari teman yang soleh. Apabila kita mulai hanyut, dia ada di sisi menarik kita kembali ke darat. Apabila kita terlupa, dia ada untuk mengingatkan. Jika kita ditimpa bencana, dia ada di sisi sebagai pembakar semangat. Benar, teman sedemikian rupa amat sedikit. Tambahan dalam zaman serba canggih ini, di mana sangat kecil bilangan teman yang ikhlas dan teman Mu'min yang hakiki. Namun demikian, bilangan yang sedikit ini ada di mana-mana, yang berbekalkan aklhlak mereka yang mulia. Sabda Rasulullah SAW sebagaimana diriwayatkan oleh al-Tirmizi :

المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
Manusia itu menjadi pak turut temannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang hendak dibuat teman

Berkawan dengan ahli mungkar, kita pun turut menjadi ahli mungkar. Hati-hati mencari teman. Pilih teman yang soleh, dan bercampur dengan orang yang kuat imannya.

Berpegang dengan petunjuk-petunjuk kesihatan

Antara perkara yang dinasihatkan pakar kesihatan dan ilmu kedoktoran dalam mengurangkan hawa nafsu adalah seperti berikut :

Banyak mandi air sejuk pada musim panas, dan menyiram air sejuk atas alat jantina pada musim-musim lain

Beriadah dan lakukan latihan-latihan badan

Menjauhkan memakan makanan yang bercampur dengan rempah-rempah dan seumpamanya

Mengurangkan minum bahan-bahan yang menyegarkan badan seperti kopi dan teh

Mengurangkan makan daging dan telur

Tidak melazimkan tidur terlentang dan meniarap, bahkan yang sunat tidur ke atas bahagian kanan, menghadap muka ke kiblat

Merasakan takut kepada Allah dalam diri

Di dunia ada cctv yang boleh mengawasi perlakuan manusia. Tapi cctv Allah maha hebat. Allah melihat setiap perkara yang dilakukan. Sudah tentu dengan mengahdir diri ke majlis ilmu, pelaziman solat fardhu dan sunat, membaca al-Quran, bangun bertahajjud, berpuasa sunat, selalu mendengar cerita sahabat Nabi serta orang-orang yang soleh, memilih teman yang baik, berkumpul dengan jemaah orang yang beriman, setiasan meningat maut dan hal-hal yang akan berlaku sesudah maut, semua itu akan menguatkan perasaan takut kepada Allah SWT.

Hayati firman Allah SWT dalam surah an-Naziat : 37-41

فَأَمَّا مَن طَغَى
Adapun orang-orang yang melanggar batas

وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
Serta dia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata 

فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى
Maka sesungguhnya Neraka Jahannamlah tempat kediamannya

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu

فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates